Smart Band Pertama Dari realme Dilancarkan - Ketahanan Bateri Sehingga 10 Hari

realme mengorak langkah menambah aksesori dengan pengenalan band pertama mereka - realme Band.

Ia mempunyai 0.96 inci paparan warna dengan resolusi 80 x 160 pixel. Dari segi saiz tali, ia adalah 16mm lebar dan boleh ditukar-tukar dengan mudah. Untuk menavigasi menu, terdapat butang kapasitif yang juga boleh ditekan.

Band ini mempunyai ketahanan kalis air dan habuk IP68 serta berat 20g. Ia juga mempunyai bateri berkapasiti 90mAh yang mampu bertahan sehingga 10 hari. Untuk mengecas, ia memerlukan 1 jam dan 47 minit untuk penuh.

Terdapat sensor degupan jantung, penjejak kitaran tidur dan juga kiraan langkah. Band ini juga akan mengingatkan pengguna untuk meminum air dan bergerak jika berada pada posisi statik yang agak lama.

Realme Band unveiled with HR monitoring, notifications and 10 day battery life

Apa yang menarik dengan realme Band ini, ia mempunyai plug USB-A yang boleh digunakan untuk mengecas terus ke port USB. Ia agak unik memandangkan kebanyakan smart band memerlukan perkakas pengecasan yang khas.

Realme Band unveiled with HR monitoring, notifications and 9 day battery life

Terdapat aplikasi realme Link  yang disertakan bersama-sama band. Pengguna juga boleh memilih 9 mod senam di mana statistik senaman akan dipaparkan dalam aplikasi tersebut.

Realme Band unveiled with HR monitoring, notifications and 10 day battery life

Harga jualannya di India adalah INR1,499 (~RM85) serta terdapat pilihan warna Black, Olive Green dan juga Yellow.

Sumber: realme 

 

Berkaitan