Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Shopee Pay Kini Menyokong Pembayaran Dengan DuitNow QR

Shopee Pay Kini Menyokong Pembayaran Dengan DuitNow QR

Diterbitkan Disember 16, 2020 oleh Amsyar Latif

Shopee Malaysia telah mengumumkan bahawa Shopee Pay kini menyokong pembayaran dengan DuitNow QR iaitu standard QR Malaysia yang dikendalikan Payments Network Malaysia (PayNet).

Shopee Pay Kini Menyokong Pembayaran Dengan DuitNow QR

Dengan Shopee Pay yang sudah menjadi sebahagian daripada sistem ini, anda kini boleh membuat pembayaran di mana-mana kedai fizikal yang terdapat kod QR ini menerusi aplikasi Shopee.

Shopee generic image

Bagi pekedai, perkara ini membuatkan proses pembayaran pelanggan lebih mudah kerana tidak perlu memaparkan kod QR yang berbeza.

duitnow bank

Setakat ini, terdapat 14 bank yang menyokong sistem DuitNow termasuk AmBank, Bank Muamalat, CIMB, Maybank dan banyak lagi.

Bersempena pelancaran ini juga, bermula 15 Disember 2020 hingga 31 Januari 2021, pengguna Shopee Pay akan menikmati cashback sehingga RM5 dengan pembelian minimum RM15 dengan menggunakan DuitNow QR dalam satu transaksi.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY