Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5 Aplikasi Ramalan Cuaca Yang Dapat Bantu Anda Ketika Musim Hujan

Senai Alami Hujan Paling Berasid Pada September 2021

Diterbitkan Mei 30, 2022 oleh ariff bukhari

Dalam laporan taburan hujan asid di seluruh negara oleh Jabatan Meterologi Malaysia (METMalaysia) menunjukkan, stesen pencerapan titik dari lapangan pengukuran yang terletak di Senai, Johor telah merekodkan hujan paling berasid di Malaysia.

Bacaan pH air hujan di stesen itu merekodkan kepekatan maksimum 4.58 dalam bulan September 2021 lalu.

Manakala bacaan pH air hujan terendah bagi bulan yang sama adalah di stesen pencerapan yang terletak di Chuping, Perlis dengan rekod bacaan pH minimum 6.19.

pH air hujan 2021
Air hujan ditakrifkan sebagai “Hujan Asid” apabila nilai pH nya adalah 4.4 dan kebawah. Kredit: METMalaysia

Keasidan air hujan yang ditunjukkan pada carta bulanan pH di atas boleh dikategorikan seperti berikut:

  • Bersih (>5.6)
  • Kurang Berasid (5.2 – 5.6)
  • Sederhana (4.8 – 5.2)
  • Berasid (4.4 – 4.8)
  • Sangat Berasid (< 4.4)

Malah Senai juga dalam bulan yang sama merekodkan bacaan kepekatan Nitrat air hujan yang tertinggi bagi bulan September 2021 iaitu setinggi 24.93.

Manakala bacaan terendah kepekatan Nitrat air hujan bagi bulan Spetember 2021 direkodkan di Kudat, Sabah.

nitrat 2021
Kredit: METMalaysia

METMalaysia menjelaskan, hujan umumnya adalah berasid di alam semulajadi berpunca daripada kewujudan sulfurik, nitrik dan asid karbonik secara semulajadi dan antropogenik di atmosfera.

Oleh itu METMalaysia menyatakan, pengkategorian hujan asid ini tidak semestinya mengikut representasi tipikal nilai pH kurang daripada 7.

Sumber: MetMalaysia

Baca juga:

  • MSI Melancarkan 2 Kad Grafik RTX 3090 Ti Baharu
  • Tentera China Sediakan Pelan Musnahkan Satelit Starlink Jika Menjadi Ancaman
  • Ujian Klinikal Virus Yang Hanya Bunuh Sel Kanser Berjaya Disuntik Pada Manusia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY