MSI Melancarkan 2 Kad Grafik RTX 3090 Ti Baharu

Computex 2022 menyaksikan MSI telah melancarkan 2 kad grafik baharu RTX 3090 Ti SUPRIM X 24G dan RTX 3090 Ti GAMING X TRIO 24G. GeForce RTX 3090 Ti merupakan kad grafik komputer paling berkuasa yang ditawarkan Nvidia kepada dunia.

RTX 3090 Ti SUPRIM X 24G


Kad grafik SUPRIM mempunyai rekaan termal TRI FROZR 2 yang eksklusif yang mampu menyokong penggunaan kuasa yang efektif dalam keperluan kuasa RTX 3090 Ti.

Kapsyen: Nvidia GeForce RTX 3090 Ti SUMPRIM X 24G


Tambahan lagi, kad grafik ini menyokong ciri tambahan seperti ray tracing dan Nvidia DLSS yang amat diperlukan untuk peminat e-sukan dan pencipta kandungan.

Selain itu, Kad grafik MSI SUPRIM telah memenangi  Anugerah Pilihan Terbaik COMPUTEX 2022 pada 24 Mei lalu.

RTX 3090 Ti GAMING X TRIO 24G


Gaming X Trio merupakan antara siri produk kad grafik yang premium, berkualiti dan tidak disangkal lagi prestasinya. Selain itu, kad grafik ini juga dilengkapi dengan sistem penyejukan TRI FROZR 2 yang cemerlang.

Kapsyen: Nvidia GeForce RTX 3090 Ti Gaming X Trio 24G


Oleh itu, TRI FROZR 2 mampu mengurangkan pendikit termal apabila kad grafik ini sedang bekerja. Secara tidak langsung dapat menjanakan kuasa dengan lebih efektif kepada keperluan kuasa yang tinggi daripada kad grafik ini.

Computex 2022 menyaksikan lebih banyak produk yang diumumkan MSI untuk peminat produk MSI, pengikut berita-berita gajet dan lain-lain. Saya akan berkongsi lebih banyak produk baharu yang telah diumum oleh MSI.

Buat masa sekarang, harga jualannya belum didedahkan lagi tetapi akan diumumkan pada 7 Jun kelak.

Sumber: Siaran Akhbar MSI

Baca juga: