Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iphone 15

Semakin Ramai Pengguna Telefon Pintar Pertengahan Beralih Kepada Model Premium

Diterbitkan Januari 4, 2024 ยท Dikemas kini Januari 4, 2024 oleh ariff bukhari

Berdasarkan kepada laporan terbaru perlumbaan penguasaan pasaran telefon pintar yang diterbitkan Counterpoint Research, Apple menguasai pasaran telefon pintar global pada 2023 dengan pengusaan sebanyak 71%.

Walau bagaimanapun, penguasaan itu berkurangan sebanyak 4% pada tahun 2023 jika dibandingkan dengan tahun 2022 dengan penguasaan pasaran sebanyak 75%.

iPhone 15 Pro

Counterpoint berkata, penurunan itu “disebabkan oleh kebangkitan Huawei di China yang dipacu oleh siri Mate 60. Samsung juga menunjukkan peningkatan yang didorong oleh siri Galaxy S23 dan peranti boleh lipatnya.”

Secara keseluruhan, “telefon pintar lipat juga telah muncul sebagai pembeza dalam pasaran premium,” Counterpoint Research.

Semakin Ramai Pengguna Telefon Pintar Pertengahan Beralih Kepada Model Premium

Samsung, yang mengeluarkan Galaxy Z Flip5 dan Z Fold5 pada musim panas lalu, menyaksikan peningkatan 1% pada 2023, begitu juga dengan Xiaomi.

Huawei pula memperoleh peningkatan sebanyak 2% bahagian pasaran premium pada 2023.

Galaxy Z Flip5 dan Fold5

“Terdapat peralihan dalam corak pembelian pengguna dalam pasaran telefon pintar. Memandangkan kepentingan telefon pintar yang dipegang, pengguna sanggup berbelanja lebih untuk mendapatkan peranti berkualiti tinggi yang boleh mereka gunakan untuk tempoh yang lebih lama,” Penganalisis kanan Counterpoint Research. Varun Mishra.

Beliau menambah, “Memiliki peranti andalan terbaharu dan terhebat juga telah menjadi simbol status bagi ramai pengguna, terutamanya dalam pasaran baru muncul di mana mereka melompat terus daripada jalur harga pertengahan kepada jalur premium. Tambahan pula, peranti ini semakin menjadi lebih berpatutan disebabkan oleh musim promosi dan pilihan pembiayaan.”

Berkaitan

  • Siri vivo X100 Rasmi Di Malaysia - Cip Dimensity 9300, Harga Bermula RM3,499
  • Dapatkan Huawei P60 Pro Dengan Diskaun RM1300
  • Nipis Dan Ringan, HONOR Magic V2 Akan Tiba Di Malaysia

Sumber: Counterpoint Research

(Beli pelbagai model telefon pintar terkini di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY