Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ces (1)

Selepas Google, Intel Pula Tarik Diri Daripada CES 2022

Diterbitkan Disember 24, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

CES, Consumer Electronics Show di bawah anjuran Consumer Technology  Association (CTA) diadakan setiap Januari dengan kebanyakan jenama besar memperkenalkan inovasi dan produk baharu. Jika MWC memfokuskan telefon pintar, CES di Las Vegas pula merangkumi kesemua barangan elektronik dan digital.

Koronavirus yang melanda dunia memberi kesan besar dengan melihatkan semua acara tahunan terpaksa ditangguh dan dibatalkan atas sebab kesihatan. Tambah pula dengan Omicron, negara-negara Eropah kini kembali menderita.

Beberapa hari lepas, sejumlah nama besar seperti Lenovo telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menangguhkan semua aktiviti di Las Vegas, merujuk pada acara tahunan tersebut.

T-Mobile, Amazon, AT&T dan Meta juga telah mengambil keputusan untuk tidak menyertai CES secara fizikal tahun ini.

Terbaru, Intel juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan mengutamakan pengalaman digital untuk CES kali ini melalui Intel Newsroom. Mereka memutuskan ini selepas mengambil nasihat daripada pegawai kesihatan dan akan menggunakan kakitangan yang sedikit mungkin di tapak fizikal CES.

Walaupun begitu, CTA masih kekal dengan keputusan untuk meneruskan CES 2022 walaupun telah menerima 42 penarikan diri. Ini kerana masih banyak lagi syarikat yang ingin menyertai acara tersebut termasuk 60 peserta pameran yang baru ditambah.

Antara yang masih kekal untuk menyertai CES 2022 secara fizikal ialah GM dan Samsung.

Sumber: The Verge

Baca juga:

  • PC Rosak Sebab Banjir? Ini Rezeki Untuk Anda
  • Cari ‘Laptop’ Untuk Kegunaan Belajar? Ini Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Beli
  • Ini Senarai Laptop Lenovo Yang Dapat Kemaskini Windows 11

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY