PC Rosak Sebab Banjir? Ini Rezeki Untuk Anda

Seperti semua sedia maklum, negara kita sedang mengalami bencana banjir yang amat teruk. Ini mengakibatkan ramai penduduk mengalami kehilangan nyawa, kerugian dan kerosakan harta benda.

Baru-baru ini, saya ada terlihat sebuah video TikTok daripada seorang pengguna, di mana dia menunjukkan keadaan komputernya yang habis dibasahi air banjir. Sebagai seorang peminat komputer, saya turut merasakan kesedihannya. Jika anda tidak tahu, komponen-komponen PC bukannya murah. Mungkin ada di antara mereka yang telah mengumpul wang selama berbulan-bulan untuk membina PC idaman mereka.
@farizaqil*Repost. Takdehal la 1year punya usaha tinggal kenang je 🥲💪🏻 #banjir♬ suara asli - Sekar🦋🧚🏻‍♀️



Syukur kepada Tuhan, terdapat satu kedai komputer iaitu Topone Technology menawarkan servis "MISI BANTUAN MANGSA BANJIR 2021" .



Mereka ingin membantu mangsa-mangsa banjir yang mempunyai PC yang ditenggelami air. Anda boleh menghantar PC ke cawangan mereka di Seri Kembangan agar mereka boleh melakukan pemeriksaan. Selain itu, mereka juga akan mencuba sedaya upaya untuk menghidupkan PC anda semula, secara percuma sahaja.

Jika PC anda memerlukan penggantian komponen untuk dihidupkan, mereka hanya akan memberikan harga kos sahaja agar dapat meringankan beban pemilik PC.

Saya terharu dengan usaha mereka untuk membantu mangsa-mangsa banjir. Ini bukannya promosi berbayar, tetapi saya percaya perkara baik seperti ini sebaiknya dikongsikan. #GAMERSJAGAGAMERS

Sumber: Topone Technology

Baca juga:

 

 

Berkaitan