Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dell Hampir Menjual Komputer Yang Menjalankan macOS

Selepas Gantung Sementara, Dell Dilaporkan Berhentikan Operasi Di Rusia

Diterbitkan Ogos 29, 2022 oleh ariff bukhari

Dell dilaporkan memberhentikan sepenuhnya operasi mereka di dalam Rusia selepas negara itu menyerang Ukraine.

Menerusi jurucakapnya, Dell memberhentikan kesemua operasi selepas menutup pejabat mereka pada pertengahan Ogos ini.

“Pada pertengahan Ogos, kami menutup pejabat kami dan menghentikan semua operasi Rusia,” kata jurucakap Dell Mike Siemienas kepada Reuters.

Dell merupakan antara pembekal utama pelayan kepada Kerajaan Rusia.

Berkaitan

  • 'Video' Perang Rusia-Ukraine Ini Banyak Tontonan, Tapi Hakikatnya Hanya 'Video Game'
  • AS Dakwa Kapersky Dan 2 Penyedia Perkhidmatan Telekomunikasi China Beri Ancaman Pada Keselamatan Negara
  • Semua Pekerja IBM Di Russia Diberhentikan

Penamatan operasi itu dibuat selepas Dell menggantung sementara operasi mereka di dalam negara itu pada Februari lalu.

Penggantungan operasi itu melibatkan penjualan, servis serta sokongan produk mereka di dalam Rusia.

Sebelum ini dilaporkan bahawa IBM telah mengambil tindakan drastik dengan memberhentikan kesemua pekerjanya di Rusia seterusnya menarik diri daripada meneruskan operasi mereka di dalam negara itu.

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY