Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Asia Tenggara Menjadi Sasaran Serangan Ransomware

AS Dakwa Kapersky Dan 2 Penyedia Perkhidmatan Telekomunikasi China Beri Ancaman Pada Keselamatan Negara

Diterbitkan Mac 27, 2022 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) Amerika Syarikat (AS) dilaporkan telah menyenarai hitam perisian antivirus komputer dari Russia, Kasperksy dari negara itu.

Ia berikutan dakwaan perisian itu memberi ancaman kesalamatan ke atas negara tersebut.

Penyenaraian itu turut meliputi produk keselamatan, penyelesaian serta perkhidmatan-perkhidmatannya yang mempunyai kaitan dengan syarikat-syarikat lain.

Selain itu, 2 syarikat penyedia perkhidmatan rangkaian telekomunikasi dari China juga iaitu China Mobile International USA dan China Telecom Americas turut disenarai hitam Suruhanjaya tersebut.

FCC menjelaskan, tindakan itu diambil bagi melindungi rangkaian komunikasi negara itu dari ancaman China dan Russia.

Sebelum ini Kerajaan Jerman menerusi Jabatan Keselamatan Maklumatnya (BSI) telah mengeluarkan amaran terhadap syarikat-syarikat supaya tidak menggunakan perisian antivirus Kaspersky.

Ia berikutan ancaman yang dibuat Russia terhadap Kesatuan Eropah (EU), Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan Jerman.

Sumber: Security Affair

Baca juga:
  • Kerajaan Jerman Melarang Penggunaan Perisian Antivirus Kaspersky
  • Pelajar Di Negara-Negara Asia Tidak Suka Belajar Secara Atas Talian – Kaspersky
  • Kaspersky Sedang Bangunkan Telefon Kalis Godam Mereka Sendiri

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY