Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Selepas 300 Kali Cubaan, ‘Streamer’ Ini Berjaya Selesaikan 7 ‘Souls Games’ Tanpa Cedera

Selepas 300 Kali Cubaan, ‘Streamer’ Ini Berjaya Selesaikan 7 ‘Souls Games’ Tanpa Cedera

Diterbitkan November 22, 2022 · Dikemas kini November 23, 2022 oleh Firdaus

Seorang streamer bernama Dinossindgeil (Dino), telah berjaya menyempurna cabaran God Run dalam kesemua 7 permainan video souls daripada pembangun FromSoft.

Dark Souls

God Run adalah sebuah cabaran di mana pemain perlu menyempurnakan game bertemakan souls tanpa terkena sebarang pukulan atau pun serangan kepada avatar pemain.

Untuk maklumat pembaca, souls adalah antara kategori permainan yang mempunyai cabaran dan kesusahan paling tinggi dalam dunia gaming.

Dino memulakan God Run beliau yang tergila ini sejak Julai 2019 lagi dengan bermula memainkan judul permainan Sekiro: Shadows Die Twice. Selain itu, God Run ini termasuk sekali permainan Bloodborne, Demon’s Souls, Elden Ring, Sekiro, dan Dark Souls 1, 2, dan 3.

Berkaitan

  • Phil Spencer - "Kami Beli Activision CoD Bukan Untuk Curi Eksklusif PlayStation"
  • Selepas Memberhentikan 11K Pekerja, Meta Mungkin Tutup Projek "Smartwatch" Mereka
  • Pengasas TSMC Sahkan Kilang Di Amerika Syarikat Akan Keluarkan Cip 3nm
  • Dua Motosikal Elektrik Dilancarkan Di Malaysia
  • HUAWEI Tawar Diskaun Hingga RM400 Untuk Jam Tangan Terpilih

Tambah beliau lagi, cabaran ini tidak memerlukan beliau melengkapkan setiap game 100% tetapi hanya perlu menewaskan bos untuk terus maju dalam kempen.

Cabaran Yang Dihadapi

Dino mengatakan beliau terpaksa memulakan semua cabaran ini dari awal sekitar 300 ke 400 kali sepanjang 120 hari tempoh percubaan beliau.

Faktor yang akan menjejaskan cabaran beliau adalah keraguan pada diri sendiri. Oleh itu, nak kuatkan minda adalah lebih sukar berbanding memainkan permainan tersebut disepanjang tempoh God Run.

Antara 7 permainan itu, Elden Rings dan Sekiro adalah siri yang paling susah dan sukar sekali untuk beliau selesaikan dalam cabaran ini.

Berkat usaha, kesabaran dan kesungguhan, Dino telah berjaya menyempurnakan marathon gila ini dalam masa 4 bulan sahaja.

Sumber: Kotaku

Gambar utama: Kotaku

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY