Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PS5 Naik Harga, Microsoft Kata Mereka Tak Rancang Buat Perkara Sama

Phil Spencer – “Kami Beli Activision CoD Bukan Untuk Curi Eksklusif PlayStation”

Diterbitkan November 22, 2022 ยท Dikemas kini November 22, 2022 oleh Firdaus

Beberapa bulan lepas, Microsoft dilaporkan sedang dalam usaha untuk memiliki Activision Blizzard, studio yang membangunkan francais Call of Duty.

Walau bagaimanapun, usaha tersebut mendapat tentangan kuat daripada Sony PlayStation dek kerana CoD sememangnya sinonim dengan konsol tersebut.

CoD Modern Warfare 2019
CoD Modern Warfare 2019

Malahan Sony risau pemerolehan itu adalah satu jalan licik Microsoft dalam persaingan yang terjadi antara konsol mereka berdua – Xbox dan PlayStation.

Perkembangan Isu Ini

CEO Microsoft Gaming, Phil Spencer telah mengesahkan pemerolehan ke atas studio Activision Blizzard adalah lebih kepada aspek ‘mobile’ bukannya untuk dijadikan francais CoD eksklusif kepada Xbox sahaja.

Microsoft Gaming CEO Phil Spencer (@xboxp3) on CoD and the Activision deal:

"Call of Duty specifically will be available on PlayStation. I'd love to see it on the Switch, I'd love to see the game playable on many different screens. Our intent is to treat CoD like Minecraft"

1/2

— Tom Warren (@tomwarren) October 26, 2022

Seperti Minecraft, Microsoft berharap CoD dapat diakses melalui pelbagai platform seperti Switch, mudah alih dan banyak lagi.

Berkaitan

  • Permintaan GPU Lemah, Nvidia Gaming Catat Penurunan Hasil Sehingga 51%
  • Cara Tonton Piala Dunia FIFA Qatar 2022 Secara Percuma Di Telefon
  • Selepas POCO Dan OnePlus, Samsung Pula Berkolaborasi Sama Genshin Impact
  • Sword Art Online VS Sudah Boleh Dimuat Turun Pemain Malaysia
  • Kad Grafik GeForce RTX 4090 HOF Pecahkan 14 Rekod Dunia

Tambah Spencer lagi, lebih kurang 3 bilion individu yang bermain permainan video dalam dunia ini. Daripada jumlah tersebut, hanya 200 juta sahaja yang mempunyai konsol.

"This opportunity is really about mobile for us. When you think about 3 billion people playing video games, there's only about 200 million households on console."

2/2

— Tom Warren (@tomwarren) October 26, 2022

Kita dapat lihat yang Phil Spencer mempunyai visi untuk mengembangkan lagi Microsoft Gaming ke platform yang melampaui capaian konsol.

Sumber: Gamespot

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY