Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Selepas 12 Tahun, OS X Lion Dan Mountain Lion Tidak Lagi Dijual Di Stor Apple

Selepas 12 Tahun, OS X Lion Dan Mountain Lion Tidak Lagi Dijual Di Stor Apple

Diterbitkan November 17, 2023 oleh ariff bukhari

Mac OS X 10.7 Lion mula ditawarkan kepada semua pengguna komputer Apple Macintosh adalah pada bulan Julai 2011 dahulu.

Tidak seperti sekarang di mana macOS diberi secara percuma, OS X Lion dijual ekslusif secara atas talian di stor Apple pada harga USD29.99.

os x LION
Kredit: Internet Archive.

Pada tahun berikutnya, dalam bulan Julai 2012, Apple melancarkan pula versi naik taraf Mac OS X 10.8 Mountain Lion yang dijual pada harga  USD29.99 secara eksklusif di stor Apple.

Hanya pada tahun 2021 dahulu, barulah Apple menawarkan 2 sistem operasi ini boleh dimuat turun secara percuma terus dari laman rasmi Apple.

Selepas 12 Tahun, OS X Lion Dan Mountain Lion Tidak Lagi Dijual Di Stor Apple
Kredit: Internet Archive.

Namun begitu anehnya, Apple masih juga menyenaraikan OS X Lion dan Mountain Lion di stor mereka untuk dijual pada harga USD19.99.

Tetapi kini, hanya selepas 12 tahun, barulah Apple didapati sudah membuang 2 sistem operasi itu dari dijual di stor mereka.

Apple sebenarnya mula menawarkan sistem operasi macOS secara percuma bermula versi Mac OS X 10.9 Mavericks yang diperkenalkan di WWDC 2013 dahulu.

Mac OS X 10.9 Mavericks
Mac OS X 10.9 Mavericks. Kredit: Internet Archive.

Kini, pelbagai versi Mac OS X bermula dari Lion 10.7 hingga macOS Sonoma 14 boleh dimuat turun secara percuma di laman rasmi Apple.

Berkaitan

  • ASUS Mohon Maaf Isu Salah Ejaan Pada Papan Induk ROG MAXIMUS Z790 HERO EVA-02 EDITION
  • Telefon Pintar Galaxy Terima Kemas Kini One UI Bagi Bulan November
  • Microsoft Sahkan Isu Pengaktifan Sistem Operasi Windows

Sumber: Mr. Macintosh

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY