Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Mungkin Hasilkan Lebih Sedikit iPhone Pada Tahun Hadapan

Selalu Habis Stok Mungkin Penyebab Permintaan iPhone 13 Menurun

Diterbitkan Disember 6, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Minggu lalu, kami melaporkan bahawa Xiaomi mengatakan iPhone 13 menjadi punca jualan mereka menurun selain disebabkan isu bekalan semikonduktor.

Masalah bekalan cip adalah satu masalah yang dikongsi semua, namun masalah terbaru dihadapi Apple ialah permintaan yang menurun.

Apple telah memberitahu pada pembekal komponen bahawa permintaan terhadap siri iPhone 13 telah menurun. Justeru, pesanan yang telah dibuat mereka sebelum mungkin tidak akan menjadi kenyataan.

Tidak pasti bagaimanakah Apple dan pihak pembekal menyelesaikan isu ini namun pastinya mereka akan mencapai persetujuan kelak memandangkan kedua-dua pihak saling memerlukan serta ia melibatkan Apple, satu jenama yang besar.

Apple merancang untuk mengeluarkan 90 juta unit bagi siri iPhone 13 telah pun sedia mengurangkan sasaran mereka ke 80 juta unit sebelum ini namun ia disebabkan masalah bekalan komponen.

Penurunan permintaan ini mungkin disebabkan siri iPhone 13 yang sering kehabisan stok lalu menyebabkan hilang kesabaran dan lebih rela menunggu siri seterusnya. Untuk makluman, iPhone menyumbang pada separuh pendapatan Apple tahun lalu.

Sumber: Bloomberg

Baca juga:

  • Selepas Seminggu Tutup Kedai Di Turki, Kini Apple Naikkan Harga Produk
  • Apple Akan Tingggalkan Qualcomm, Guna Modem 5G Sendiri
  • Apple Saman Syarikat Pengawasan Israel

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY