Selain Sabah, Celcom Home Fibre Kini Ditawarkan Di Jasin

Perkhidmatan internet berkelajuan tinggi, Celcom Home Fibre telah mula diperkenalkan pada September 2017 dan hanya terhad bagi penawaran di Sabah sahaja.

Kini, melalui projek rintis NFCP kelolaan TNB dan kerajaan, Celcom membawakan pakej jalur lebar terbabit di Jasin.



Pakej tersebut menyediakan dua pelan pilihan iaitu Home Fibre Gold (RM 80) dan Home Fibre Gold Supreme (RM120). Kelajuan sambungan internet yang diberikan adalah 40Mbps dan 100 Mbps dengan penawaran internet tanpa had.

Pengguna yang mendaftar akan memperoleh modem secara percuma dan bagi panggilan suara, hanya 10 sen dikenakan untuk setiap rangkaian yang dihubungi.