Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nanta Linggi Fahmi Fadzil_

Sekitar 50KM Lebuh Raya Tiada Liputan, Kerajaan Tubuh Pasukan Khas LLM-MCMC

Diterbitkan Julai 30, 2025 ยท Dikemas kini Julai 30, 2025 oleh Amalina Athman

Awal bulan ini, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa hampir 50km jajaran lebuh raya di negara ini dikenal pasti tidak mempunyai liputan telekomunikasi.

Antara kawasan terlibat termasuk beberapa bahagian di Lebuhraya PLUS, Lebuhraya Pantai Barat (WCE), serta Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

Susulan itu, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bersama Datuk Fahmi Fadzil telah mengadakan mesyuarat khas bersama agensi berkaitan iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bagi menambah baik liputan telekomunikasi dan internet di lebuh raya.

Menerusi mesyuarat itu, kerajaan bersetuju menubuhkan Pasukan Petugas Khas (Special Task Force) LLM-MCMC untuk menyelaras pelan tindakan secara menyeluruh. Lokasi-lokasi kritikal yang kerap mengalami gangguan seperti drop call juga akan dikenal pasti, selain meneliti keperluan pemasangan infrastruktur telekomunikasi di kawasan terlibat.

Pihak konsesi lebuh raya juga akan digerakkan dalam pelaksanaan penyelesaian jangka pendek dan panjang.

Dalam masa sama, Nanta berkata pasukan teknikal dari LLM Wilayah dan MCMC Negeri telah mula turun padang untuk menjalankan semakan tapak serta menilai keperluan bekalan kuasa bagi pemasangan infrastruktur sokongan.

Selain itu, beliau turut mencadangkan MCMC terlibat secara langsung dalam membantu menangani gangguan frekuensi serta menyokong keperluan teknikal untuk pelaksanaan sistem Multi-Lane Free Flow (MLFF) kelak.

Berkaitan

  • MCMC Akan Kaji Beza Liputan 4G Antara Telco - Fahmi
  • Hampir 50KM Jajaran Lebuh Raya Langsung Tiada Liputan Telekomunikasi - Fahmi
  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • MCMC Keluarkan 279 Arahan Kepada Telco Untuk Tangani Isu Kualiti Perkhidmatan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY