Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iss 2018

Sekatan Barat Ke Atas Russia Boleh Menyebabkan ISS Terhempas – Roscosmos

Diterbitkan Mac 13, 2022 ยท Dikemas kini Mac 13, 2022 oleh ariff bukhari

Sekatan yang dikenakan oleh Barat terhadap kerajaan Russia kerena menyerang Ukraine dibimbangi akan memberi kesan ke atas Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) sehingga menyebabkannya terhempas ke Bumi.

Ia berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh Agensi Angkasa Lepas Russia, Roscosmos menyatakan sekatan itu boleh mengganggu segmen pelancar kapal angkasa Russia yang turut berperanan mengekalkan ISS di orbit.

Ekoran itu, Roscosmos telah meminta pihak NASA dan agensi angkasa lepas dari beberapa negara lain supaya menarik sekatan yang dikenakan itu.

NASA pula yang telah respon terhadap sekatan itu memaklumkan bahawa mereka akan cuba mengekalkan ISS di orbit tanpa bantuan dari pihak Russia.

Segmen operasi Russia di ISS antaranya memastikan stesen angkasa lepas yang seberat 500 tan itu berada pada kedudukan orbit yang betul secara puratanya sebanyak 11 kali dalam setahun serta memastikan stesen itu mengelak daripada serpihan-serpihan yang ada angkasa lepas.

Pada 30 Mac ini, 3 angkasawan yang berada di ISS sepatutnya dijadualkan pulang ke Bumi. Salah seorang darinya adalah angkasawan dari Amerika Syarikat dan 2 lagi dari Russia.

Tetapi Ketua Angkasa Lepas Russia, Dmitry Rogozin mengancam akan meninggalkan angkasawan Amerika itu di ISS.

Amerika bergantung kepada kapal angkasa Soyuz milik Russia untuk membawa pulang angkasawan ke Bumi dari ISS.

Sumber: The Economic Times, Futurism

Baca juga:

  • Stesen Angkasa Lepas Berhenti Beroperasi, Akan ‘Dihempaskan’ Ke Lautan Pasifik Pada 2031

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY