Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Sebuah Lagi Peranti Redmi Note 10 Akan Dilancar Minggu Depan

Posted on Mei 21, 2021

Awal Mac tahun ini, kita sudah melihat Redmi Note 10 dan Redmi Note 10 Pro diperkenalkan di Malaysia. Semalam, dua lagi ahli keluarga baharu, iaitu Redmi Note 10 5G serta Redmi Note 10S pula tampil.

Baca juga – Siri Redmi Note 10 Rasmi, Ini Harga Yang Ditawarkan Untuk Pasaran Malaysia

Belum lagi reda kehangatan siri tersebut, Xiaomi bakal menambah ahli baharu dalam barisan siri Redmi Note 10 dimana mungkin dinamakan Redmi Note 10 Ultra.

Menerusi “Ultra”, semestinya ia adalah model paling berkuasa berbanding “adik beradiknya” yang lain. Dikhabarkan Redmi Note 10 Ultra akan dilengkapi skrin 6.53 inci AMOLED, cip Dimensity 1100, bateri 5000mAh dengan pengecasan 33W serta sokongan 5G.

Redmi Note 10 5G

Baca juga – Dua Redmi Note 10 Baharu Rasmi, Kekal Harga Mampu Milik

Turut mempunyai pilihan memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman mencecah 256GB. Bahagian belakang sedikit berbeza dan dikatakan ia adalah diinspirasikan daripada model Xiaomi Mi 11 5G Signature Edition.

Mi 11 Special Edition

Tambahan lagi, peranti ini dilihat dijual dengan tanda harga bermula 1799 Yuan (~RM1100). Oleh yang demikian, mari kita sama-sama nantikan maklumat lebih lanjut semasa acara Xiaomi yang akan berlangsung pada minggu hadapan, 26 Mei.

Sumber: weibo via gsmarena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress