Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
huawei mate xt

‘Scalper’ Ambil Kesempatan Jual Huawei Mate XT Pada Harga Lebih RM40,000

Diterbitkan September 19, 2024 ยท Dikemas kini September 19, 2024 oleh ariff bukhari

Permintaan yang menggalakkan untuk telefon pintar tri-lipat Huawei Mate XT telah mendorong vendor elektronik pengguna di Huaqiangbei Shenzhen untuk menaikkan harga jualan telefon itu sehingga tiga kali ganda menjelang pelancaran rasminya pada Jumaat ini.

Menurut seorang pengedar telefon pintar terpakai di Huaqiangbei yang merupakan pasaran borong elektronik terbesar di dunia, walaupun Huawei telah meletakkan tanda harga 19,999 yuan (~RM12,215) pada Mate XT 256GB , banyak scalper telah menyenaraikan telefon pintar itu daripada 60,000 yuan kepada 70,000 yuan (~RM41,000).

“Harga di Huaqiangbei masih sangat tidak stabil. Kebanyakan minat adalah daripada scalper yang ingin menjual semula Mate XT dan membuat keuntungan daripada perbezaan harga.” Lin Shen, pengedar telefon pintar terpakai di Huaqiangbei.

Huawei Mate XT yang merupakan telefon pintar tri-lipat pertama dunia telah mencatat lebih tiga juta prapesan sejak 7 September lalu.

Mate XT dilengkapi dengan tiga skrin LTPO OLED yang menyokong kadar segar 120Hz.

Dalam keadaan dilipat, paparan hadapan berukuran 6.4 inci, manakala satu lipatan menjadikannya paparan 7.6 inci yang lebih besar. Lipatan kedua pula membuka skrin seluas 10.2 inci, hampir menyamai saiz sebuah tablet penuh.

Dengan bateri berkapasiti 5,600mAh, Mate XT menyokong pengecasan berwayar 66W, pengecasan tanpa wayar 50W, serta pengecasan terbalik 7.5W.

Nampaknya, pengguna dilihat amat berminat dengan telefon tersebut memandangkan ia betul-betul unik. Malah, sebelum ini, telefon sebegitu hanyalah konsep. Akan tetapi, Huawei pertama yang menjualnya secara rasmi ke pasaran.

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • Dapat iPhone 16 Kedua Dengan Hanya RM1, Ini Caranya

Sumber: SCMP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY