Semasa penulis di bangku sekolah rendah, menonton anime agak susah. Pada waktu itu, saluran TV2 atau NTV7 sahaja yang kerap menawarkan kandungan anime.
Bagi yang berkemampuan, ada rakan-rakan yang keluarganya melanggan Astro dan di sinilah mereka melayan anime kerana terdapat saluran Animax. Law of Ueki atau YuYu Hakusho, pasti ada yang masih segar dalam ingatan peminat anime.
Namun, zaman sudah semakin moden. Menonton anime di kaca TV semakin berkurangan. Disebabkan itu, Astro mengambil langkah dengan menamatkan saluran Animax (Ch 719 HD) bermula 1 Januari 2022.
Dalam satu ciapan balas seorang pengguna Twitter, Astro menyatakan mereka sentiasa mengkaji program yang ingin ditayangkan untuk menawarkan pilihan terbaik dan pelbagai kandungan yang menarik buat pelanggan mereka.
Oleh yang demikian, saluran Animax tidak akan lagi tersedia bermula 12 tengah malam 1 Januari depan. Namun, Astro ada mengatakan yang mana peminat saluran ini boleh strim episod rancangan terpilih yang tersedia di On Demand untuk tempoh tertentu.
Jangan berduka, sekiranya anda tidak melanggan Astro, ada banyak alternatif lain untuk menonton anime. Netflix sendiri pun sudah banyak menawarkan kandungan anime.
Apa-apa pun, sayonara Animax.
Sumber: AstroGomy
Foto utama: animehunch
Baca juga: