Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

MIUI 12.5 Enhanced Juga Diumum, Ini Telefon Yang Akan Terima

Posted on Ogos 11, 2021

Selain pelancaran Mi Mix 4 dan Mi Pad 5, MIUI 12.5 Enhanced turut diperkenalkan. Ia merupakan versi MIUI 12 yang lebih baik dimana beberapa peningkatan diberikan.

Xiaomi berkata, versi ini lebih menumpukan pengalaman penggunaan lebih lancar dan kecekapan tenaga. Selain itu, ia juga mengoptimumkan terhadap 4 perkara yang merangkumi storan, prestasi memori, penggunaan CPU lebih cemerlang serta prestasi lebih seimbang.

Di samping itu, MIUI for Pad juga dilancarkan. Xiaomi mendakwa terdapat 300+ aplikasi popular telah dioptimumkan dan mereka menyasarkan sebanyak 2000 aplikasi akan disokong untuk tablet ini menjelang penghujung 2021.

Tambah Xiaomi, Android pada tablet mereka menyokong penggunaan aplikasi bersaiz penuh (full-screen) bersama-sama mod split-screen.

Berbalik pada MIUI 12.5 Enhanced, ia akan ditawarkan buat pengguna di China bermula 13 Ogos dan belum pasti adakah pengguna global akan menerimanya. Apa-apa pun, ini adalah telefon yang menyokongnya setakat ini:

  • Mi Mix 4
  • Mi 11 Ultra
  • Mi 11 Pro
  • Mi 11
  • Mi 10 Ultra
  • Mi 10 Pro
  • Mi 10S
  • Mi 10
  • Redmi K40
  • Redmi K40 Pro
  • Redmi K30S Ultra
  • Redmi K30 Pro

Sumber: gizmochina

Baca juga:

  • Siri HONOR Magic3 Bakal Diperkenal Esok, Ada IMAX Enhanced
  • Mi 10T Dan Mi 10T Pro Terima Kemas Kini Terbaru MIUI 12.5.3
  • Xiaomi Berjaya Pintas Samsung Jadi Pengeluar Telefon Terbesar Dunia Untuk Seketika

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress