Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Mi 10T Pro

Sebuah Lagi Telefon Xiaomi Mi 11 Akan Masuk Malaysia

Diterbitkan Ogos 3, 2021 oleh Amsyar Latif

Pada Februari yang lepas, peranti pertama dengan Snapdragon 888 Mi 11 secara rasmi memasuki pasaran tempatan. Kemudian, ia diikuti Mi 11 Lite dan Mi 11 Ultra.

Terbaru, Xiaomi dikatakan sedang membangunkan siri T buat model andalan tersebut dan ia kini sudah pun melepasi pengesahan SIRIM.

Berdasarkan data tersebut, telefon dengan nombor model 2107113SG adalah Xiaomi Mi 11T Pro. Walaupun tiada maklumat langsung mengenai peranti ini tetapi ia bakal tiba di Malaysia tidak lama lagi.

Xiaomi Mi 11T Pro

Pun begitu, Mi 11T Pro yang dijangka dilancarkan sekitar Oktober mungkin dikuasakan cip Dimensity 1200 atau Snapdragon 870 bersama-sama paparan AMOLED dengan kadar segar semula yang tinggi. Apa-apa pun, nantikan perincian lanjut berkaitannya pada masa akan datang.

Dalam pada itu, peminat Xiaomi mungkin boleh tunggu Mi Mix 4 serta Mi Pad 5 yang dikhabarkan akan diperkenalkan pada bulan ini.

Sumber: mysmartprice

Baca juga artikel berkaitan:

  • Pengguna Perlu Tunggu Lagi, Pelancaran MIUI 13 Dilaporkan Ditunda
  • Siri Redmi K50 Dijangka Hadir Dengan Snapdragon 895
  • Bukan 895, Mungkin Cip Snapdragon 898 Yang Akan Diperkenalkan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY