Menurut kajian terbaru tentang kesan satelit terhadap atmosfera Bumi, yang diterbitkan dalam jurnal Geophysical Research Letters, satelit seperti Starlink boleh menipiskan lapisan ozon.
Ini kerana, satelit memuntahkan sejumlah besar gas aluminium oksida di atmosfera yang boleh menipiskan lapisan ozon.
Satelit kecil menghasilkan kira-kira 30 kg aluminium oksida apabila ia terbakar.
SpaceX telah melancarkan lebih daripada 6,000 satelit Starlink mereka dengan setiap model baharu yang lebih berat akan dilancarkan untuk servis internet.
Satelit ini direka untuk terbakar di atmosfera apabila hayat perkhidmatan mereka tamat, kata penyelidik dari University of Southern California.
Kajian itu berkata, oksida aluminium menipiskan ozon dengan menyebabkan ia bertindak balas secara merosakkan dengan klorin.
“Hanya dalam beberapa tahun kebelakangan ini orang mula berfikir ini mungkin menjadi masalah,” Joseph Wang, salah seorang pengarang kajian.
“Kami adalah salah satu pasukan pertama yang melihat apakah implikasi fakta ini.”
Para penyelidik itu memberi amaran, Oksida boleh kekal di atmosfera dan memusnahkan lapisan ozon selama beberapa dekad.
Para saintis amat bimbang kerana permintaan untuk liputan internet global mendorong kepada pelancaran satelit komunikasi kecil.
“Kesan alam sekitar dari kemasukan semula satelit pada masa ini kurang difahami.” kata saintis.
Pada tahun 2022 sahaja, penyelidik berkata, satelit yang jatuh mungkin telah menyumbang kira-kira 17 tan zarah aluminium oksida kecil.
Apabila semua satelit yang dirancang pada masa ini tersedia, saintis menganggarkan, lebih daripada 350 tan aluminium oksida akan dikeluarkan setiap tahun.
Ini adalah peningkatan yang mengejutkan hampir 650 peratus berbanding paras atmosfera semula jadi.
SpaceX sahaja sudah diberi kebenaran untuk melancarkan sebanyak 12,000 lagi satelit Starlink mereka dan sebanyak 42,000 lagi sedang dirancang.
Amazon dan gergasi teknologi lain juga turut merancang untuk melancarkan sekitar 3,000 hingga 13,000 satelit satelit pada tahun-tahun akan datang.
{suggest}
Sumber: PHYS.ORG, Geophysical Research Letters