Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
measat 3d

Satelit MEASAT-3d Dengan Sistem Darat JUPITER Luaskan Rangkaian Dan Tingkatkan Kelajuan Internet Di Malaysia Kepada 100Mbps

Diterbitkan Mac 29, 2023 oleh ariff bukhari

Hughes Network Systems, LLC (HUGHES),  telah mengumumkan bahawa MEASAT Global Berhad (MEASAT), pengendali satelit utama di Malaysia, telah memilih platform darat Sistem Hughes JUPITER™ untuk membolehkan perkhidmatan jalur lebar di MEASAT-3d.

MEASAT-3d akan memanfaatkan gerbang dan terminal Sistem JUPITER untuk memperluaskan perkhidmatan jalur lebar menerusi satelit CONNECTme NOW di seluruh Malaysia.

Yau Chyong Lim, Ketua Pegawai Operasi, MEASAT, berkata,  Sistem Hughes JUPITER akan membantu MEASAT mencapai cita-cita untuk MEASAT-3d menjadi kenyataan bagi berkhidmat kepada lebih daripada dua juta rakyat yang tidak berhubung di seluruh Malaysia dalam tempoh tiga tahun akan datang.

MEASAT-3d Satellite
Stelit MEASAT-3d

MEASAT-3d dilancarkan pada 22 Jun 2022 lalu dengan tujuan meningkatkan kapasiti jalur lebar sehingga sepuluh kali ganda iaitu daripada kelajuan 3 Gbps kepada 30 Gbps.

Kini dengan dikuasakan oleh sistem darat JUPITER, satelit baharu ini mampu memberikan perkhidmatan jalur lebar dengan kelajuan muat turun sehingga 100 Mbps kepada penduduk yang berada di luar kawasan terhubung seluruh Malaysia.

Berkaitan

  • Satelit Ke-10 Negara Berjaya Dilancarkan, Kelajuan Internet Dijangka Akan Bertambah Kepada 100Mbps
  • e-Skuter Toyota Ini Direka Khas Untuk Penduduk Jepun Yang Semakin Tua
  • Tesla Digodam, Penggodam Dihadiahkan Model 3

Sumber: Hughes, MEASAT

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY