Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SanDisk Perkenal Storan Rasmi Untuk ROG Xbox Ally X Dan ROG Xbox Ally

SanDisk Perkenal Storan Rasmi Untuk ROG Xbox Ally X Dan ROG Xbox Ally

Diterbitkan September 30, 2025 oleh ariff bukhari

SanDisk memperkenalkan storan berprestasi tinggi yang direka khas untuk peranti mudah alih baharu ROG Xbox Ally X dan ROG Xbox Ally.

Diumumkan di Tokyo Game Show (TGS 2025), SanDisk menampilkan dua produk utamanya, kad mikro SD eksklusif untuk ROG Xbox Ally (X) dan storan SSD WD_BLACK™ SN7100X NVMe™.

SanDisk microSD™ Card untuk ROG Xbox Ally (X)

Kad mikro SD ini hadir dengan kapasiti 512GB, 1TB, dan 2TB YANG mampu menyimpan sehingga 50 judul permainan.

Direka khusus untuk integrasi penuh bersama peranti Xbox Ally, kad ini menyokong kelajuan baca sehingga 200MB/s, membolehkan pemuatan pantas bagi judul AAA.

SanDisk Perkenal Storan Rasmi Untuk ROG Xbox Ally X Dan ROG Xbox Ally
Kad microSD ini  tahan jatuh, kejutan, serta X-ray, menjadikannya sesuai untuk permainan sambil bergerak.

Kad ini kini boleh dipra-tempah dengan harga bermula $69.99 (~RM330.00) untuk saiz 512GB hingga $299.99 (~RM1,415.00) untuk 2TB.

WD_BLACK™ SN7100X NVMe™ SSD untuk ROG Xbox Ally (X) & PC

SSD dalaman rasmi ini menawarkan kapasiti sehingga 4TB, membolehkan pemain menyimpan banyak judul kegemaran.

Dengan kelajuan membaca sehingga 7,250MB/s dan tulis 6,900MB/s (model 2TB), ia menjanjikan prestasi tinggi dengan penggunaan kuasa yang efisien untuk peranti mudah alih.

SanDisk Perkenal Storan Rasmi Untuk ROG Xbox Ally X Dan ROG Xbox Ally
Teknologi DRAM-Less PCIe Gen4x4 dan NAND TLC 3D baharu memastikan kelancaran permainan.

SSD ini akan ditawarkan dalam kapasiti 2TB pada harga $159.99 (~RM755.00) dan 4TB berharga $279.99 (~RM1,321.00) yang dijangka akan tiba dalam beberapa bulan akan datang.

Untuk pembelian SSD ini, SanDisk turut menyertakan langganan percuma 1 bulan Xbox Game Pass Ultimate untuk PC.

Beli storan SanDisk dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/clmzqv3
  • Lazada – https://invl.me/clmzqv2

 

Berkaitan

  • Aplikasi Xbox PC Kini Sokong Strim Permainan Tanpa Muat Turun
  • ROG Xbox Ally Akan Dilancar Di Malaysia Pada 16 Oktober 2025
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
©2026 WISER.MY