Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Galaxy S23 FE Dilapor Tertiris Dengan Rekaan Yang Sama

Samsung S23 FE Mungkin Hadir Dengan Variasi Exynos Dan Snapdragon

Diterbitkan Julai 17, 2023 ยท Dikemas kini Julai 17, 2023 oleh Firdaus

Khabar angin akan kedatangan Samsung Galaxy S23 FE banyak kita dengari sejak kebelakangan ini. Antara, ia mungkin hadir dalam rekaan sama dengan siri S23 dan pengecasan 25W.

Samsung Galaxy S23 FE Dilapor Tertiris Dengan Rekaan Yang Sama

Kini, peranti itu dikhabarkan mungkin hadir dengan 2 jenis variasi yang mempunyai cip berbeza – Exynos 2200 dan Snapdragon 8 Gen 1.

Cip Exynos 2200 digunakan oleh S23 FE bagi variasi global dan Snapdragon 8 Gen 1 pula adalah untuk variasi AS. Dan berikut adalah dakwaaan skor Geekbench bagi setiap variasi.

Samsung S23 FE Mungkin Hadir Dengan Variasi Exynos Dan Snapdragon
Skor Samsung Exynos 2200
Samsung S23 FE Mungkin Hadir Dengan Variasi Exynos Dan Snapdragon
Skor Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1

Mengejutkan, kita dapat lihat prestasi variasi yang menggunakan cip Exynos mencatatkan skor yang lebih baik berbanding cip Snapdragon.

Samsung S23 FE Mungkin Hadir Dengan Variasi Exynos Dan Snapdragon
Variasi Global
Samsung S23 FE Mungkin Hadir Dengan Variasi Exynos Dan Snapdragon
Variasi AS

Hal ini demikian kerana terdapat isu cepat habis bateri pada Galaxy S22 Ultra yang guna cip Exynos berbanding variasi yang guna cip Qualcomm Snapdragon.

Setakat ini, kita menjangkakan peranti ini dilengkapi skrin Super AMOLED 6.4″ dengan 120Hz kadar segar semula, bateri 4,500mAh, pengecasan 25W dan sensor kamera 50MP.

Berkemungkinan besar, Samsung Galaxy S23 FE ini akan dilancarkan seawal suku keempat tahun ini.

Berkaitan

  • Assassin's Creed Red Mungkin Hadir Tahun 2024
  • Pra-Tempah Alat Kawalan 'Access' Untuk PS5 Dibuka Mulai 21 Julai, Berharga RM449
  • Samsung Galaxy S24 Ultra Dilapor Sokong Pengecasan 65W
  • Maxis Akan Laksanakan Perjanjian Akses 5G Dengan DNB
  • Sony Dan Microsoft Setuju Kekalkan Call of Duty Di PlayStation

Sumber: GSMArena

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
©2026 WISER.MY