Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Akhirnya Google Pixel Dah Sokong VoLTE, Tapi Kena Pakai Telco Yoodo

Akhirnya Google Pixel Dah Sokong VoLTE, Tapi Kena Pakai Telco Yoodo

Diterbitkan Januari 6, 2022 oleh Meor Hasyim

Hakikat yang perlu ditelan oleh pengguna Google Pixel di Malaysia adalah ia kekurangan sokongan seperti telekomunikasi (terutamanya).

Justeru selama ini, pengguna Pixel di Malaysia hanya boleh mengalirkan air mata melihat pengguna lain menggunakan VoLTE sedangkan telefon stock Android yang diagungkan itu tiada sokongan ciri itu.

Berita baik untuk pengguna Pixel tempatan, satu syarikat telekomunikasi tempatan sudah mula menyelamatkan keadaan menawarkan sokongan VoLTE iaitu Yoodo.

Akhirnya Google Pixel Dah Sokong VoLTE, Tapi Kena Pakai Telco Yoodo

Namun begitu, bukan semua telefon Pixel yang menyokong. Hanya Pixel 4a (5G), Pixel 5a (5G), Pixel 3/3XL, dan Pixel 6 sahaja yang ditawarkan ciri ini.

Ini bermakna jika anda menggunakan Pixel 5 atau Pixel 4a, anda kurang bernasib baik.

Jika sebelum ini, pengguna Pixel di Malaysia perlu root telefon untuk mengaktifkan ciri VoLTE yang membuatkan berapa kerat je pengguna VoLTE Pixel di sini.

Dengan kehadiran Yoodo sebagai syarikat telekomunikasi pertama menawarkan ciri VoLTE, diharapkan telco gergasi lain pun boleh ikut sama untuk memudahkan pengguna Pixel di Malaysia.

Untuk senarai penuh telefon yang menyokong ciri VoLTE di Yoodo, boleh semak pautan dalam laman ini.

Sumber: Yoodo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY