Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-01-15T154545.235

Samsung Perkenalkan 2 Peranti Tahan Lasak – Galaxy XCover 7 Dan Tab Active5

Diterbitkan Januari 15, 2024 oleh Muhd Idham

Baru-baru ini, Samsung melancarkan peranti untuk industri kerja-kerja berat menerusi Galaxy XCover7 dan Galaxy Tab Active5.

Dalam pada itu, kedua-dua peranti lengkap dengan rangkaian 5G dan penarafan IP68 untuk perlindungannya daripada percikan air dan debu.

Samsung Galaxy XCover7

Galaxy XCover7 (3)

Telefon pintar ini dijana cip pemprosesan 6nm lapan-teras yang tidak diwar-warkan namanya serta memori 6GB RAM dan 128GB storan yang boleh dipertingkatkan kepada 1TB menerusi kad mikroSD.

Paparan skrin bagi peranti ini adalah skrin FHD+ 6.6 inci dengan kadar segar semula 60Hz. Ia juga menjalankan sistem operasi Android 14.

Untuk pengetahuan anda, telefon pintar ini hanya mempunyai dua kamera sahaja iaitu kamera utama 50MP dan kamera swafoto 5MP.

Selain daripada ketahanan ujian jatuh setinggi 1.8 meter, bateri yang digunakan pula berkapasiti 4,050mAh yang boleh ditanggal dan pengecas USB-C bagi telefon ini dijual secara berasingan.

Tambahan pula, XCover7 ini juga menyokong sistem audio Dolby Atmos, pengecaman muka dan rangkaian Bluetooth 5.3.

Berkaitan

  • BYD Lancar YangWang U7, Sedan NEV Mewah Dengan Kuasa Lebih 1,000HP
  • Penggodam Boleh Serang Peralatan Pertukangan Yang Bersambung Pada Rangkaian Untuk Pasang Perisian Hasad
  • NASA Perkenal X-59, Jet Supersonik Senyap
  • Wi-Fi 7 Rasmi, Tentunya Lebih Laju Dari Wi-Fi 6 Dan Lebih Dipercayai

Samsung Galaxy Tab Active5

Galaxy Tab Active5 (3)

Bagi model tablet pula, Galaxy Tab Active5 ini dikuasakan cip pemprosesan 5nm lapan-teras yang juga tidak diberitahu namanya.

Selain itu, peranti ini tampil dengan dua variasi pilihan iaitu 6GB RAM + 128GB dan 8GB RAM + 256GB yang juga mampu dipertingkatkan kapasiti storannya dengan kad mikroSD sebanyak 1TB.

Paparan skrin yang digunakan merupakan skrin WUXGA 8.0 inci dengan kadar segar semula 120Hz serta menjalankan Android 14.

Untuk sudut kamera pula, turut disediakan hanya dua kamera yang terdiri daripada kamera utama 13MP dan kamera swafoto 5MP.

Kapasiti bateri yang ditawarkan adalah 5,050mAh yang juga boleh ditanggal. Ia juga turut disertakan dengan bateri gantian dan pengecas yang dijual secara berasingan.

Tambahan lagi, tablet Active5 ini juga disokong dengan sistem pengecaman muka dan cap jari serta mampu berfungsi selepas ujian jatuh setinggi 1.5 meter.

Sumber: Siaran Media Samsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY