Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
rexroth nexo

Penggodam Boleh Serang Peralatan Pertukangan Yang Bersambung Pada Rangkaian Untuk Pasang Perisian Hasad

Diterbitkan Januari 15, 2024 ยท Dikemas kini Januari 15, 2024 oleh ariff bukhari

Penyelidik dari firma keselamatan Nozomi telah melaporkan penemuan hampir dua dozen kelemahan yang boleh membenarkan penggodam mensabotaj atau melumpuhkan rangkaian peralatan tukang yang bersambung dengan rangkaian yang digunakan oleh kilang di seluruh dunia.

Sebagai contoh adalah peralatan tukang dari Bosch, Rexroth Handheld Nutrunner NXA015S-36V-B.

Peranti tanpa wayar itu yang bersambung secara wayarles ke rangkaian tempatan organisasi yang menggunakannya, membolehkan jurutera mengetatkan bolt dan pengancing mekanikal lain untuk mencapai tahap tork yang tepat yang penting untuk keselamatan dan kebolehpercayaan.

Penyelidik Nozomi berkata peranti itu penuh dengan 23 kelemahan dengan dalam kes tertentu, boleh dieksploitasi untuk memasang perisian hasad.

Penggodam Boleh Serang Peralatan Pertukangan Yang Bersambung Pada Rangkaian Untuk Pasang Perisian Hasad

Malah perisian hasad itu kemudiannya boleh digunakan untuk melumpuhkan keseluruhan barisan alat tukang yang lain. Sekali gus mengganggu keseluruhan operasi produksi kilang.

Pihak Bosch telah respon terhadap laporan itu dengan menyatakan, “Bosch Rexroth segera menerima nasihat ini dan sedang mengusahakan tampalan untuk menyelesaikan masalah itu. Tampalan ini akan dikeluarkan pada penghujung Januari 2024.”

Berkaitan

  • Yes Tawar Diskaun 20% Selama 2 Tahun Dengan Pelan Jalur Lebar Wayarles Yes 5G
  • China Bangunkan Bateri Nuklear Dengan Hayat 50 Tahun
  • Apple Sahkan Maksimum Item Yang Boleh Ditambah Dalam Find My

Sumber: Ars Technica, Nozomi Networks

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY