Pasaran Tablet Dunia Kekal Didominasi Apple

Dalam laporan terbaru oleh International Data Corporation (IDC), pasaran tablet dunia kini dikuasai oleh Apple Inc.

Hasil analisa data oleh IDC berdasarkan kepada penghantaran pelbagai jenama tablet di seluruh dunia, Apple telah menguasai sebanyak 36.5% pasaran tablet dunia dengan penghantaran sebanyak 19 juta unit tablet ke seluruh dunia setakat suku ke-4 tahun 2020.

Ia diikuti oleh tablet keluaran Samsung, Lenovo, Amazon dan Huawei.



Merujuk kepada carta di atas, Lenovo menjadi pengeluar yang berjaya meningkat jualan tablet tertinggi iaitu sehingga 120%. Manakala Huawei pula tidak mencatatkan penghantaran tablet yang baik selepas berlaku kejatuhan sehingga -25.7%.

Berikut adalah senarai anggaran jumlah penghantaran tablet dari 5 pengeluar tablet paling popular di dunia bagi sepanjang tahun 2019 dan 2020.



Penguasaan Apple dalam pasaran tablet dijangkakan akan terus kukuh pada tahun ini susulan daripada pelancaran model terbaru iPad Pro yang diumumkan hari ini.

Sumber: Statista, IDC