Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
z fold3

Samsung Patenkan Rekaan Telefon Boleh Lipat Dan ‘Slide’

Diterbitkan November 29, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Samsung sedia diketahui sebagai jenama yang sedang mendominasi pasaran telefon boleh lipat dengan kehadiran Galaxy Z Fold dan Galaxy Z Flip. Ia secara tak langsung mengimbau kenangan menggunakan telefon lipat seperti Motorola RAZR.

Terbaru, LetsGoDigital mendedahkan kandungan paten yang dipohon Samsung pada Mei lalu. Ia menampilkan sebuah telefon pintar boleh lipat seperti Galaxy Z Fold3 namun dengan sebuah lagi skrin yang boleh digelongsor dari dalam.

Samsung Patenkan Rekaan Telefon Boleh Lipat Dan ‘Slide’

Dalam satu posisi, ia dilihat mirip Galaxy Z Fold3 dan apabila ia dibuka, saiznya melebar sehingga 7.6 inci. Sebuah skrin ekstra yang berada dalam peranti akan digelongsorkan keluar (slide) hanya dengan menekan butang tersedia. Ia memberikan pengguna 25% paparan yang besar. Ini bermakna ia seolah-olah mempunyai 3 skrin yang disatukan.

Tidak cukup dengan itu, ia juga akan menampilkan lima kamera bersama lensa telefoto selain menyokong pengecasan tanpa wayar. Ini selari dengan maklumat yang telah didapati daripada sumber LetsGoDigital sebelum ini.

Buat masa ini masih tiada sebarang petunjuk bilakah paten ini akan direalisasikan, namun pastinya ia akan mempunyai peminat tersendiri seperti siri Galaxy Fold dan Flip.

Foto utama: LetsGoDigital

Sumber: LetsGoDigital

Baca juga:

  • OnePlus Patenkan Telefon Boleh Lipat 3
  • Samsung Buat Seluar Jeans
  • Ini Senarai Model Samsung Dan Cip Yang Mungkin Digunakan Tahun Depan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY