Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Peranti Boleh Gulung Samsung Bakal Menjadi Realiti

Peranti Boleh Gulung Samsung Bakal Menjadi Realiti

Diterbitkan Mei 20, 2021 oleh Amsyar Latif

Sejak beberapa tahun yang lalu, kita sudah lihat telefon pintar dengan paparan boleh lipat berada di pasaran. Namun, teknologi makin berkembang, paparan boleh gulung pula mahu digunakan.

Baca juga – Samsung Bakal Perlihatkan Tiga Teknologi Paparan OLED Baharu

Samsung, jenama yang menerajui teknologi paparan serta membekalkan kepada banyak telefon pintar kini mahu bergerak lebih maju daripada itu.

Peranti Boleh Gulung Samsung Bakal Menjadi Realiti

Hal ini kerana terdapat laporan yang mana Samsung telah pun memfailkan tanda dagang “Samsung Z Roll”. Melihat pada namanya sahaja sudah cukup memberikan gambaran bahawa ia adalah peranti boleh gulung.

Selain itu, ia juga berada dalam klasifikasi 9 yang mana ia adalah termasuk telefon pintar dan juga peranti lain serta sokongan S-Pen.

Peranti Boleh Gulung Samsung Bakal Menjadi Realiti

Tambahan lagi, ia pasti akan menyertai barisan telefon berkelas andalan di bawah siri Z seperti mana siri Galaxy Z Fold dan Galaxy Z Flip.

Baca juga – Samsung Galaxy Fold3 Mungkin Pertama Guna Kamera Bawah Skrin

Walau apa pun, telefon tersebut mungkin tidak diperkenalkan dalam masa terdekat tetapi Samsung dijangka akan mengumumkan Galaxy Z Fold3 dan Galaxy Z Flip3 dengan kamera di bawah paparan pada tahun ini.

Sumber: letsgodigital

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY