Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS 14.6

Ini Ciri Baharu Yang Ada Pada iOS 14.6

Diterbitkan Mei 18, 2021 oleh Amsyar Latif

Selain watchOS 7.5 RC yang menawarkan ECG buat pengguna di Malaysia, Apple turut melepaskan iOS 14.6 RC hari ini yang membawakan beberapa ciri baharu.

Antara perkara yang paling menarik perhatian adalah pada Apple Music yang mana ia menampilkan sokongan Spatial Audio dengan Dolby Atmos serta Lossless Audio atau muzik yang berkualiti tinggi bermula Jun ini.

Baca juga – Peminat iPhone mungkin tak berkenan dengan rekaan iPhone 13

Malah, Apple turut mengatakan bahawa tiada caj tambahan bagi pengguna yang mahu menikmati muzik tersebut, tidak seperti pesaingnya.

Ini Ciri Baharu Yang Ada Pada iOS 14.6

Namun, peranti AirPods, AirPods Pro mahupun AirPods Max yang harga terlalu premium itu tidak menyokong lossless audio dari sambungan Bluetooth serta berwayar. Bermakna, anda perlu membeli fon telinga daripada jenama lain yang menyokongnya.

Ini Ciri Baharu Yang Ada Pada iOS 14.6

Buat pengetahuan, Spatial Audio memberikan pengalaman imersif yang mana anda dapat merasai muzik seakan di sekeliling anda. Sementara lossless audio adalah muzik berkualiti tinggi.

Baca juga – AirTag bukan dicipta untuk dua perkara ini

Antara ciri lain yang terdapat dalam iOS 14.6 adalah termasuk Apple Card Family, langganan Podcasts, e-mel untuk mod hilang pada AirTag dan Find My, peningkatan prestasi dan lain-lain.

Seperti biasa, kemungkinan kemas kini iOS 14.6 akan diberikan kepada semua pengguna pada minggu hadapan.

Sumber: Apple, macrumors

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY