Selain siri Galaxy Note 20, Samsung turut memperkenalkan telefon boleh lipat terbaharu mereka, Galaxy Z Fold2 dalam acara Samsung Unpacked yang berlangsung malam tadi.
Galaxy Z Fold 2 hadir dengan skrin paparan lebih luas berbanding tahun lalu dengan 7.6 inci Dynamic AMOLED 2X serta menggunakan lapisan Ultra Thin Glass (UTG) untuk memberikan kelancaran penggunaan dan meningkatkan kualiti imej. Dengan sokongan FHD+, ia turut menyokong kadar segar semula 120Hz.
Apabila dilipat, paparan luaran adalah 6.2 inci HD+ Super AMOLED dengan kadar segar semula 60Hz. Peranti ini dijana cip pemproses Snapdragon 865+ dan digandingkan dengan 12GB RAM LPDDR5 dan 256GB storan dalaman.
Peranti ini hadir dengan dua pilihan warna iaitu Mystic Bronze dan Mystic Black. Antara ciri lain termasuk dimuatkan dengan kapasiti bateri 4500mAh, menyokong pengecasan pantas 25W dan pengecasan tanpa wayar 11W. Bagi kamera, ia hadir dengan tetapan berikut:
- Tri-kamera utama – 12MP utama+12MP sudut lebar+12MP telefoto
- Kamera hadapan – 10MP
- Lensa di bahagian luar – 10MP
Pra-tempahan Samsung Galaxy Z Fold2 akan bermula pada 1 September 2020 bagi pasaran yang terpilih. Buat masa ini, Samsung belum mengumumkan maklumat terperinci dan harga yang bakal ditawarkan pada peranti ini.
Sumber: Samsung via XDA Developers