Ini Harga Pasaran Malaysia Untuk Siri Galaxy Note 20, Bermula RM3,899

Samsung baru sahaja melancarkan siri Galaxy Note 20. Untuk pasaran Malaysia, Samsung masih lagi belum mengumumkan tarikh pelancaran untuk pasaran tempatan namun anda boleh membuat pra-tempahannya bermula hari ini (6 Ogos 2020).

Sehubungan dengan itu, ini merupakan harga jualan rasmi untuk siri Galaxy Note 20:

  • Galaxy Note 20 (4G) - RM3,899

  • Galaxy Note 20 5G - RM4,299

  • Galaxy Note 20 Ultra 5G - RM5,199


Dengan membuat pra-tempah, pembeli Galaxy Note 20 akan menerima fon telinga Galaxy Buds+ secara percuma. Manakala pembeli pra-tempah Galaxy Note 20 Ultra akan menerima fon telinga Galaxy Buds Live juga secara percuma.



Pra-tempahan ini adalah bermula 10 pagi 6 Ogos ini sehingga 20 Ogos 2020.

Anda boleh membuat pra-tempahan di kedai Samsung Experience Store, pengedar sah Samsung dan paling senang di laman rasmi Samsung.

Peranti yang ditempah kemudiannya boleh diambil pada 21 Ogos 2020 kelak.