Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
galaxy s11+

Samsung Galaxy S11+ Bakal Dimuatkan Dengan Kapasiti Bateri 5,000mAh

Diterbitkan Disember 9, 2019 · Dikemas kini Disember 9, 2019 oleh Meor Hasyim

Kita telah pun melihat imej yang dikatakan Samsung Galaxy S11+. Ia mungkin akan dilengkapi 5 kamera belakang dengan kamera utama sebesar 108MP. Menambah kepada senarai spesifikasi peranti itu, kapasiti baterinya telah dilaporkan bersaiz 5,000mAh.

Sebagai rekod, ia merupakan saiz kapasiti bateri terbesar pernah dimuatkan untuk peranti flagship Samsung. Untuk perbandingan, Galaxy S10+ berkapasiti 4,100mAh manakala Galaxy Note 10+ pula dengan 4,300mAh.Samsung Galaxy S11+ Bakal Dimuatkan Dengan Kapasiti Bateri 5,000mAh

Maklumat kapasiti bateri ini diperoleh dari pengkalan data pensijilan Korea Utara. Dengan skrin 120hz dan juga skrin besar bersaiz 6.9 inci, ia adalah masuk akal jika Samsung menyertakan bateri berkapasiti besar untuk Galaxy S11+. Galaxy S11+ juga dijangka merekod video sehingga 8K 30fps dengan menggunakan Snapdragon 865 dan juga Exynos 990 (bergantung kepada pasaran peranti).

Ia akan dilancarkan pada awal tahun 2020 nanti bersama-sama Galaxy S11e dan juga Galaxy S11.

Sumber: XDA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY