Samsung Galaxy S10 Plus Rekod Markah DxOMark Tertinggi, Kongsi Kedudukan Bersama Huawei Mate 20 Pro

Jika semalam kami melaporkan mengenai kedudukan Xiaomi Mi 9 yang mengatasi Samsung Galaxy Note 9 dalam senarai DxOMark, kini giliran Samsung pula mengatasi peranti syarikat dari China itu.

Samsung Galaxy S10 Plus, model paling premium dalam siri Galaxy S10 kini muncul pendahulu bersama terbaru bagi senarai penilaian prestasi kamera telefon pintar berkenaan.

Ia menerima markah keselurahan 109 markah, iaitu sama dengan markah yang diterima oleh dua model Huawei, Mate 20 Pro dan P20 Pro.

Kapsyen: DxOMark


Baca juga: Siri Samsung Galaxy S10 Diperkenalkan Secara Rasmi, Boleh Dipra-Tempah Bermula Esok

Tambahan pula, Galaxy S10 Plus ini berjaya mengatasi semua pencabar lainnya untuk mengungguli carta pemarkahan kamera swafoto dengan 96 markah.

Kapsyen: DxOMark


Ia dibantu oleh tetapan dwi-lensa 10MP serta 8MP RGB Depth sensor-nya. Selain itu, kamera hadapan peranti ini juga menyokong rakaman video 4K.

Adakah kita akan dapat melihat mana-mana telefon pintar yang mampu mengatasi 109 markah dalam masa terdekat? Sama-sama kita nantikannya.

 

Sumber: DxOMark