Samsung Galaxy S10+ Dan S10 Dibedah, Memperlihatkan Komponen Dalaman

Dalam tempoh seminggu ini, ahli baru dalam keluarga Samsung S cukup hangat diperkatakan dan bakal dirasmikan untuk pasaran tempatan pada esok, 1 Mac 2019.

Bagi yang tertanya-tanya bagaimana rupa dalaman peranti ini, saluran YouTube HANDYREPARATUR123 dan pwrdbykyank telah "membedah" dua peranti, Samsung Galaxy S10 dan Samsung Galaxy S10+.

Video-video ini menunjukkan komponen dalam yang melengkapi peranti-peranti ini seperti, sistem penyejukan, modul kamera swafoto, dan sensor pengimbas cap jari pada skrin.

Samsung Galaxy S10+

https://www.youtube.com/watch?v=JgvEZCo77_s

Samsung Galaxy S10

https://www.youtube.com/watch?v=D9BYKOD4cec