Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
samsung galaxy tab a

Samsung Galaxy Tab A (2019) 8 Inci Hadir Pada Harga Bawah RM600

Diterbitkan Julai 10, 2019 ยท Dikemas kini Julai 10, 2019 oleh Helmi Samsuri

Bagi anda yang kini sedang mencari tablet, Samsung Malaysia semalam telah mengumumkan Samsung Galaxy Tab A (2019) 8.0 inci. Boleh dikatakan hadir dengan harga mampu milik ia dilengkapi dengan skrin berukuran 8 inci beserta resolusi 1920 x 1080 HD penuh.

Dibahagian dalam ia dikuasakan dengan cip pemprosesan 4 teras 2GHz, RAM 2GB, serta memori simpanan sebesar 32GB yang boleh ditambah menerusi kad MikroSD sehingga 512GB. Bagi rakaman kamera pula ia disertakan dengan kamera belakang 8MP sementara untuk selfie anda boleh menggunakan kamera 2MP. Untuk makluman, tablet ini tidak mempunyai sokongan S-Pen seperti model sebelumnya.

Galaxy Tab A
Galaxy Tab A.
Galaxy Tab A..

Menjana peranti adalah bateri berkapasiti 5100mAh dan ia dijual pada harga RM599 melalui Samsung Online Store, Lazada atau pengedar sah Samsung Malaysia.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY