Samsung Galaxy A8 dan A8+ secara kasarnya dilihat memiliki spesifikasi yang sama seperti penggunaan cip pemprosesan Exynos 7885, ruang storan dari 32GB hingga 64GB, dan dioperasikan dengan Android Nougat 7.1.1.
Bagi tetapan kamera pula, terletaknya dwi kamera selfie dibahagian hadapan menerusi gabungan lensa 16MP dan 8MP dengan sensor aperture f/1.9. Disebut juga kamera selfie ini mampu memberikan kesan bokeh setanding dengan Pixel 2 dan juga iPhone X.
Dari segi paparan ia menggunapakai skrin AMOLED Infinity Display yang berbingkai nipis pada nisbah 18:9. Perbezaan antara model A8 dan A8+ adalah ukuran skrin dimana A8 berukuran 5.6 inci dengan RAM 4GB dan versi plus pula adalah 6 inci bersama RAM 6GB.
Kapasiti bateri juga berlainan dimana A8 dilengkapi dengan bateri 3000mAh manakala A8+ berkapasiti 3500mAh.
Rekaan belakang memperlihatkan pengimbas cap jari diletakkan betul-betul dibawah lensa kamera utama mirip seperti khabar angin tentang rekaan Samsung Galaxy S9. Kedua-dua model menerima pensijilan IP68 yang mana ia kalis air dan debu.
Masing-masing bakal dijual pada harga RM1799 dan RM 2499.
Berkaitan
- OPPO A16K, Telefon Pintar Bawah RM600 Di Malaysia
- OnePlus Nord Bakal Dibawa Masuk Ke Pasaran Malaysia?
- Android Oreo Beta Akan Dilepaskan Untuk Huawei Nova 2i Malaysia
- Selfie Nova 6 5G Kalahkan Galaxy Note 10+ 5G Dalam Carta DxOMark
- Redmi 7A Dilancarkan Untuk Malaysia Dengan Harga Dari RM399
- Lenovo ThinkPad X1 Fold Kini Di Malaysia, Harga Dari RM10,849
- Samsung Galaxy Note 9: S-Pen Diberi Nafas Baru
- Malaysia Bakal Wujudkan Sistem Lelong Hartanah Dalam Talian
- Galaxy Buds 2 Kini Rasmi, ANC Mampu Tapis Sehingga 98% Bunyi Sekeliling
- Telefon Dan Tablet Baru Xiaomi Akan Masuk Malaysia Minggu Hadapan