Samsung Galaxy A32, A52, A72 Rasmi Untuk Jualan Di Malaysia, Harga Bermula RM1099

Baru-baru ini, Samsung telah melancarkan beberapa model dalam siri Galaxy A. Antaranya adalah Galaxy A32, Galaxy A52 dan Galaxy A72. Terbaru, Samsung mengumumkan kesemua model tersebut sudah boleh didapati di Malaysia bermula 26 Mac 2021.

Galaxy A32


harga Galaxy A 2021

Mengimbas spesifikasi, Galaxy A32 hadir dengan dua model iaitu Galaxy A32 dan Galaxy A32 5G. Untuk Galaxy A32, ia dilengkapi skrin berukuran 6.4-inci AMOLED dengan resolusi FHD+ serta sokongan kadar segar semula 90Hz.

Peranti ini dijana cip pemproses MediaTek Helio G80 bersama 8GB RAM dan 128GB storan dalaman yang boleh ditambah sehingga 1TB melalui slot kad mikroSD.

Untuk kamera, ia menampilkan 64MP utama, 8MP ultra lebar, 5MP makro dan 5MP depth. Di bahagian hadapan dimuatkan dengan akmera swafoto 20MP.

Bagi Galaxy A32 5G, peranti ini hadir dengan skrin bersaiz 6.5-inci TFT HD+ bersama sokongan kadar segar semula 90Hz. Menguasakan peranti adalah cip MediaTek Dimensity 720 dengan RAM 8GB dan 128GB storan. Ia turut menyokong penambahan storan sehingga 1TB. Berbanding A32, A32 5G hadir dengan sokongan 5G.

Bahagian kamera dilengkapi 48MP utama, 8MP ultra lebar, 5MP makro dan 2MP depth. Kamera swafoto tampil dengan sensor 13MP.

Kedua-dua peranti ini dimuatkan dengan bateri berkapasiti 5000mAh bersama sokongan pengecasan 15W. Ia juga hadir dengan sokongan penarafan IP67, NFCBluetooth 5.0 dan sebagainya. Terdapat 4 pilihan warna yang ditawarkan iaitu Awesome Violet, Awesome Black, Awesome Blue dan Awesome White.

Galaxy A52




Terdapat dua varian yang ditawarkan bagi Galaxy A52 iaitu Galaxy A52 dan Galaxy A52 5G. Namun, untuk pasaran Malaysia, hanya Galaxy A52 yang dijual buat masa ini.

Galaxy A52 dilengkapi skrin 6.5 inci Super AMOLED FHD+ dengan panel 90Hz serta paparan Infinity-O pada bahagian tengah yang menempatkan kamera swafoto 32MP. Ia menawarkan 8GB RAM dan 256GB storan dalaman.

Peranti ini dilengkapi kuad kamera belakang - 64MP utama, 12MP ultra-lebar, 5MP makro dan 5MP depth.

Bateri yang dimuatkan adalah sebesar 4500mAh dengan pengecasan 25W. Antara lainnya adalah sokongan pembesar suara stereo dengan Dolby Atmos, penarafan IP67,NFC, Bluetooth 5.0 dan lain-lain.

Ia hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Awesome Black, Awesome Blue dan Awesome Violet.

Galaxy A72


harga Galaxy A 2021

Galaxy A72 mempunyai skrin 6.7 inci Super AMOLED FHD+ dengan paparan berlubang Infinity-O yang menempatkan 32MP kamera swafoto serta kadar penyegaran 90Hz.

Peranti ini dikuasakan cip Snapdragon 732G bersama pilihan RAM 8GB dan storan dalaman 256GB.

Di bahagian belakang menempatkan tetapan empat kamera yang dibarisi 64MP utama, 12MP ultra lebar, 8MP telefoto dan 5MP makro.

Bateri pula dimuatkan dengan kapasiti 5000mAh bersama pengecasan 25W. Empat pilihan warna diberikan, iaitu Awesome Black, Awesome White, Awesome Blue dan Awesome Violet.

Harga jualan


Berikut adalah senarai harga bagi kesemua model yang ditawarkan untuk pasaran tempatan:

  • Galaxy A32 (8GB+128GB) - RM1,099

  • Galaxy A32 5G (8GB+128GB) - RM1,199

  • Galaxy A52 (8GB+256GB) - RM1,499

  • Galaxy A72 (8GB+256GB) - RM1,899


Kesemua model boleh didapati di Malaysia bermula hari ini, melalui kedai fizikal Samsung seluruh negara atau laman web Samsung Malaysia.