Terkini, Samsung Display dilaporkan sedang berunding dengan Amerika Syarikat untuk terus menjual skrin OLED kepada Huawei.
Ini adalah kerana Huawei merupakan klien ketiga terbesar yang menggunakan paparan OLED selepas Apple dan Samsung sendiri.
Paparan OLED panel Samsung telah digunakan dalam pelbagai produk Huawei seperti telefon pintar P40 dan juga TV mereka.
Jadi, sudah semestinya Samsung tidak mahu kehilangan pelanggan besar seperti Huawei ini.
Untuk Huawei terus menggunakan teknologi OLED yang dibekalkan oleh Samsung, Samsung sendiri perlu memohon lesen perniagaan dari kerajaan Amerika Syarikat.
Dilaporkan Samsung Display telah memohon lesen ini agar boleh terus berurus niaga dengan Huawei selepas 15 September.
Untuk LG pula, syarikat ini dilaporkan masih belum memohon lesen untuk berurus niaga dengan Huawei mengikut laporan dari ZDNet.
Sumber: Sammobile, ZDNet
Berkaitan
- Galaxy S21: Mampukah Cip Exynos 2100 Kembalikan Semula Reputasi Cemerlang Telefon Premium Samsung?
- Pixel 4a (5G) Dan Pixel 5 Turut Diumumkan, Namun Hanya Hadir Menjelang Hujung Tahun Ini
- Moto G 5G Plus Dilancarkan - Peranti Pertama Untuk Siri G Motorola Dengan Sokongan 5G
- Snapdragon 865 Diumumkan - Cip Kelas Flagship Tahun 2020, Tapi Tiada Modem 5G Terbina
- Tampuk Kepimpinan Samsung Dipersoalkan, Naib Pengerusi Kembali Semula Ke Penjara
- Apple Tak Banyak Telefon 5G, Tapi Masih Pegang Majoriti Jualan Telefon 5G
- Samsung Galaxy Buds+ Dijual Di Malaysia Pada Harga RM599
- Pengagihan Spektrum 5G Kepada Telco Di Malaysia Kini Ditarik Semula
- iPhone 12 Alami Masalah Rangkaian LTE Dan 5G Terputus Ketika Memandu
- Samsung Pertahankan Prestasi Exynos 990 Adalah Setanding Dengan Snapdragon 865