Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Disiasat Atas Dakwaan Memperlahankan Telefon Pintar Model Lama

Samsung Disiasat Atas Dakwaan Memperlahankan Telefon Pintar Model Lama

Diterbitkan Januari 22, 2018 · Dikemas kini Januari 22, 2018 oleh Helmi Samsuri

Penghujung 2017 bagi Apple agak kurang baik dimana syarikat itu terpalit dengan isu sengaja memperlahankan telefon pintar model lama.

Sejurus selepas itu, beberapa pengeluar lain tampil dengan kenyataan mereka tidak melakukan perkara sedemikian terhadap keluaran terdahulu.

Salah satu syarikat yang membuat kenyataan itu adalah Samsung, namun kini mereka didakwa memperlahankan peranti sama seperti yang dilakukan oleh Apple.

Dakwaan tersebut dibuat oleh Autorita Garante Della Concorrenza E Del Mercado (AGCM), satu badan undang-undang pengguna dari Itali yang mana mereka percaya Samsung dan Apple telah melanggar kod pelanggan yang sama.

” Mereka mencadangkan kemaskini perisian untuk peranti pelanggan tetapi tidak menyatakan akibat yang berlaku dari kemaskini tersebut. ” ujar AGCM.

AGCM membuat pengumuman pada 18 Januari lepas dan ketika ini dikatakan siasatan terhadap syarikat pengeluar terbabit sedang dijalankan.

  • Baca juga – Samsung Menafikan Dakwaan Mengurangkan Prestasi Telefon Model Lama

Sumber: Opinione Agenzia Giornalistica via Slash Gear

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
  • Pelajar MRSM Perak Menang RM47,000 Hasil Inovasi Bantu OKU Cacat Penglihatan
  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
©2026 WISER.MY