Samsung Dilapor Akan Guna Teknologi Bateri Kereta Elektrik Pada Telefon Seterusnya

Samsung dilaporkan akan menggunakan teknologi bateri kereta elektrik pada telefon akan datang mereka, menurut media Korea, The Elec.

Reka bentuk yang menggunakan kaedah 'stacking' atau tindanan ini dikatakan mempunyai kapasiti 10% lebih daripada rekaan 'roll' atau gulung yang biasa.

Contohnya, bateri pada Galaxy S22 Ultra boleh mencapai sehingga 5,500mAh dengan teknologi ini berbanding sekarang hanya 5,000mAh.

Kaedah ini menggunakan ruang yang lebih sedikit justeru mengurangkan berat peranti.

bateri samsung Kapsyen: Reka bentuk bateri. Sumber: GSMArena


Kelemahan rekaan gulung rata atau dipanggil 'flat jelly roll' sedia ada ialah komponen bateri tidak dapat digulung dengan rapat jadi akan ruang yang 'terbazir'. Ruang ini diperlukan kerana bateri akan mengembung ketika proses cas dan nyahcas.

Ruang lebihan ini bagaimanapun tidak wujud pada kaedah tindanan ini kerana semua komponen ditindih dengan rapat. Inilah membolehkannya memuatkan kapasiti yang lebih tinggi.

Bateri dengan binaan baharu ini dikatakan akan dikilangkan di Cheonan, Korea dan Tianjin, China.

Sumber: PhoneArena, GSMArena

Baca juga: