Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Galaxy

Samsung Bakal Lancar Telefon Pintar Boleh Lipat Eksklusif Warna Emas Di China

Diterbitkan September 20, 2022 · Dikemas kini September 20, 2022 oleh ariff bukhari

Telefon pintar boleh lipat terbaru Samsung Galaxy Z Flip4 dan Galaxy Z Fold4 telah pun dilancarkan untuk pasaran tempatan dalam bulan Ogos lepas.

Tetapi tidak seperti di pasaran China, model telefon pintar lipat Samsung itu dikenali sebagai siri Samsung W23.

Dikhabarkan bahawa Samsung bakal melancarkan edisi eksklusif telefon pintar boleh lipat mereka itu dengan salutan warna emas dan hitam premium di bahagian belakang peranti untuk pasaran China sahaja.

Berkaitan

  • Samsung Galaxy Z Fold4 Turut Dilancarkan Pada Harga Permulaan RM6799
  • Samsung Galaxy Z Flip4 Kini Rasmi - Cip Snapdragon 8+ Gen 1, Harga Bermula RM4,099
  • Reaksi Awal Samsung Galaxy Z Flip4 - Tak Banyak Beza

Samsung Galaxy Fold 4

Malah berbeza dengan siri Galaxy Z Flip4 dan Galaxy Z Fold4 yang masing-masing hanya dilengkapi dengan 8GB RAM dan 12GB RAM sahaja, bagi siri Samsung W23 dan W23 Flip itu, ia bakal dimuatkan dengan spesifikasi sehingga 16GB RAM.

Edisi eksklusif Samsung W23 dan W23 Flip itu bakal ditawarkan menerusi syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi China Telecom.

Sumber: GSMARENA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY