Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Galaxy Z Flip4 1

Reaksi Awal Samsung Galaxy Z Flip4 – Tak Banyak Beza

Diterbitkan September 1, 2022 · Dikemas kini Oktober 12, 2022 oleh ariff bukhari

Samsung secara rasminya telah pun melancarkan generasi terbaru telefon pintar boleh lipat mereka untuk pasaran Malaysia iaitu Galaxy Z Flip4.

Walaupun terdapat sedikit peningkatan harga berbanding model Galaxy Z Flip3 5G ketika ia diperkenalkan, tetapi ia tidaklah begitu ketara.

Apa yang lebih penting adalah penambahbaikan dan naik taraf yang telah Samsung lakukan pada Galaxy Z Flip4 berbanding generasi sebelumnya.

Spesifikasi tidak banyak berubah

Galaxy Z Flip4 dikuasakan oleh cip pemproses Snapdragon 8+ Gen 1 dengan RAM 8GB berserta storan dari 128GB sehingga 512GB.

Dari aspek kamera, ia masih mengekalkan tetapan kamera utama 12MP sepertimana yang digunakan pada Galaxy Z Flip3 5G.

Tetapi ada sedikit perubahan tetapan pada lensa 12MP ultra lebarnya.

Galaxy Z Flip4 2
Kapasiti bateri Galaxy Z Flip4 juga kini bertambah kepada 3700mAh.

Kamera hadapannya juga masih mengekalkan tetapan kamera yang sama seperti Galaxy Z Flip3 5G dahulu.

Malah Galaxy Z Flip4 juga masih mengekalkan skrin AMOLED 6.7 inci dengan kadar segar 120Hz sepertimana model sebelumnya.

Berkaitan

  • Samsung Dilapor Akan Bekalkan Panel OLED Berbeza Untuk Siri iPhone 14
  • Samsung Galaxy Z Fold4 Turut Dilancarkan Pada Harga Permulaan RM6799
  • Samsung Galaxy Z Flip4 Kini Rasmi - Cip Snapdragon 8+ Gen 1, Harga Bermula RM4,099

Rekaan hampir kekal sama tapi lebih kemas

Secara peribadi, apabila kali pertama memegangnya, penulis boleh dapat rasakan saiz telefon pintar ini adalah sedikit lebioh kecil dari model sebelumnya.

Galaxy Z Flip4 3

Galaxy Z Flip4 lebih selesa dipegang. Perbezaan dan keselesaan yang dirasakan juga adalah begitu ketara sekali.

Penulis juga dapati jika dibandingkan dengan generasi sebelumnya, binaan Galaxy Z Flip4 juga adalah jauh lebih kemas dan nampak keutuhannya.

Terutamanya kemasan pemasangan pada skrin dan bahagian engsel yang melipat telefon pintar ini.

Galaxy Z Flip4 5

Keseluruhannya lebih baik

Apa yang boleh penulis simpulkan setakat pandang pertama ini, Galaxy Z Flip4 kelihatan sebagai sebuah telefon pintar yang lebih baik.

Untuk mereka yang mengutamakan penggayaan, mahukan kelainan tetapi pada masa yang sama sebuah peranti berprestasi, Galaxy Z Flip4 ini adalah antara telefon pintar terbaik yang ada menawarkannya di pasaran ketika ini.

Galaxy Z Flip4 4

Samsung Galaxy Z Flip4 sudah pun boleh dipra tempah menerusi stor rasmi Samsung di Shopee dan Lazada.

Tempahan awal Galaxy Z Flip4 membolehkan anda turut menerima hadiah istimewa dari Samsung termasuklah baucar, aksesori pelindung telefon dan tambahan jaminan yang bernilai RM1,328 kesemuanya.

Beli Galaxy Z Flip4 di:

Shopee – https://invle.co/clddrk1 

Lazada – https://invol.co/clddrkj

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY