Prestasi Kamera Honor 50 Lite, Kamera Bukan Senjata Utama

Selepas selesai dengan ujian prestatsi HONOR 50 Lite, masanya sudah tiba untuk kita uji prestasi kameranya pula. Dari segi spesifikasi, HONOR 50 Lite mempunyai tetapan kamera yang sangat tipikal untuk pasaran telefon kelas pertengahan seperti ini.

Untuk spesifikasi kamera, HONOR 50 Lite datang dengan 4 kamera dibelakang dan 1 Kamera dihadapan. 4 kamera dibelakang ialah 64MP, f/1.9 untuk kamera utama. 8 MP, f/2.4, dengan keluasan 120˚untuk kamera ultra lebar, 2 MP, f/2.4 untuk makro dan depth dan akhir sekali kamera swafoto iaitu 16 MP, f/2.0.

Kamera Utama


Bermula dengan kamera utama, macam korang nampak aku tidak ambil gambar yang banyak sangat. Tetapi ini dah mencukupi untuk menguji prestasi kamera telefon ini.



Rakaman dibuat semasa cuaca mendung, jadi macam korang perasan gambar yang dihasilkan agak bagus juga. Cuma diteliti, gambar agak gelap sedikit walaupun mod HDR dihidupkan, lebih-lebih lagi dibahagian daun dan dahan pokok.

Perkara ini boleh kita jangkakan bilamana ISP yang digunakan agak ketinggalan. Sudah pasti gambar yang dihasilkan itu tidak setanding dengan telefon yang menggunakan cip pemprosesan seperti siri Snapdragon 700.

Kamera ultra lebar


Kita beralih ke gambar ultra lebar pula. Seperti korang nampak, rakaman yang dihasilkan menunjukkan imej yang agak gelap. Sewaktu rakaman dibuat, cuaca mendung tetapi tidaklah sampai gelap sepeti dalam gambar ini. Selain itu gambarnya nampak tidak tajam kalau mahu dibandingkan dengan kamera utama.

Secara keseluruhan kamera ultra lebar HONOR 50 Lite ini, memang tidak sebagus yang aku sangka tetapi sudah cukup memadai kalau korang yang tidak pentingkan sangat kualiti gambar itu sendiri.




Mod potret


Beralih ke subjek manusia. Aku ambil gambar dengan dua mod iaitu mod biasa dan mod potret. Bagi aku gambar subjek macam manusia warna yang dihasilkan sudah okay, tetapi satu benda yang aku kurang suka tentang mod kamera telefon ini adalah fungsi beauty dia yang dihidupkan secara automatik dan membuatkan gambar itu nampak kurang natural.



Lagi satu mod potrait macam korang nampak sendiri macam tiada beza dengan mod biasa, jadi aku kurang pasti adakah ini masalah perisian telefon ini sendiri ataupun memang mod potrait dia berfungsi begitu.

Kamera selfie


Kamera selfie dia bagi aku nampak cantik, tapi mengikut cita rasa korang sendiri, ada setengah suka dengan gambar selfie yang nampak cantik ni dan ada juga suka gambar yang lebih natural. Untuk keseluruhan ia sudah cukup memadai untuk kamera selfie.



Secara keseluruhan bagi aku kamera HONOR 50 Lite agak kurang konsisten dengan gambar yang dihasilkan. Kadang-kadang itu ada yang cantik, ada juga yang kurang sedikit dari segi warna yang dihasilkan. Apa yang boleh aku simpulkan disini, kamera bukanlah senjata utama pada HONOR 50 Lite.

Baca juga: