HONOR Malaysia hari ini dengan rasminya melancarkan tawaran terbaru mereka untuk pasaran telefon pintar, HONOR 50 Lite. Seperti namanya, tampil dengan penawaran spesifikasi lebih ‘ringan’ berbanding HONOR 50. Jadi sebelum aku mulakan pandang pertama tentang peranti ini, kita mulakan dengan Unboxing terlebih dahulu.
Spesifikasi Honor 50 Lite
- Dimensi: 161.8 x 74.7 x 8.5 mm
- Paparan: IPS LCD 6.67 inci
- Cipset: Snapdragon 662
- Memori: 6GB RAM, 128GB storan
- Kamera: 64MP (f/1.9) utama, 8 MP,(f/2.4), 120˚ ultra lebar, 2 MP, (f/2.4) macro dan depth
- Bateri: 4300mAh (66W)
- Varian: 128GB+6GB RAM
Satu perkara remeh yang aku suka tentang kotak telefon ini adalah, ia masih mengekalkan imej telefon itu pada kotak. Kebanyakan pengeluar sekarang hanya meletakan nama model sahaja. Kalau tak letak pun bukan masalah besar, orang jenis macam aku memang gemarkan perincian macam ini. Sebelum buka kotak, boleh hayati dulu reka bentuknya dari luar.
Seperti biasa apabila korang membeli telefon pintar yang baharu ia datang dengan beberapa aksesori seperti kabel USB-C ke USB-A, Kepala pengecas 66W, dokumen, casing lutsinar dan akhir sekali, HONOR 50 Lite itu sendiri.
Salah satu tumpuan menarik pada HONOR 50 Lite adalah ia datang dengan pengecas 66W. Menurut Honor, pengecas ni mampu mengecas HONOR 50 Lite dengan bateri sebesar 4300mah dari 0% ke 40% dalam masa 10 minit sahaja. Memang mengagumkan juga, tapi itu apa yang diiklan sendiri oleh Honor. Untuk selebihnya, nanti aku akan buat ujian berapa lama nak cas telefon sampai penuh.
Kita beralih ke tumpuan utama untuk artikel ini, iaitu HONOR 50 Lite. Dari segi rekaan, HONOR 50 Lite ni kalau korang perasan, ia menggunakan rekaan yang sama seperti Huawei Nova 8i. Tapi bukan sampai situ sahaja, korang tengok balik spesifikasi, kedua-dua telefon ni memang sama sahaja dari segi cip pemprosesan yang digunakan, kapasiti bateri, skrin dan banyak lagi
Tapi satu kelebihan yang ada pada telefon keluaran HONOR adalah ia mempunyai GMS (Google Mobile Services), jadi korang boleh install aplikasi Google dan gunakan Google Play Store.
Selebihnya seperti biasa, telefon ni datang dengan port pegecasan jenis C, butang kawal bunyi di belah kanan, pengimbas cap jari bahagian tepi dan terakhir fungsi yang makin pupus pada telefon zaman sekarang ini, iaitu 3.5mm bicu audio.
Beralih ke paparan, ia menggunakan skrin jenis IPS LCD, 6.66 inci dan HiHONOR sendiri gelar rekaan paparan yang digunakan pada telefon ini Honor FullView Display. Bagi aku paparannya memang sangat cantik dan sedap untuk digunakan disebabkan telefon ni hampir tiada bezel.
Cuma satu rungutan aku adalah dia punya lubang kamera yang agak besar, membuatkan ia nampak kurang cantik sedikit dan lagi satu untuk telefon pintar sekitar harga RM1000 macam ni sepatutnya sudah ada kadar segar semula yang lebih tinggi. Tapi malang sekali untuk HONOR 50 Lite ni ia hanya tersangkut di 60Hz sahaja.
Buat masa ini, ini sahajalah yang boleh aku nukilkan untuk HONOR 50 Lite. Lain-lain aspek contoh macam cip pemprosesan, ketahanan bateri dan gaming, akan aku tuliskan pada artikel akan datang. Korang boleh tunggu untuk artikel seterusnya.
Sebelum itu, bagi yang tertanya-tanya tentang harga jualan, HONOR 50 Lite dinilai pada RM999 untuk pasaran Malaysia.