Jika pada Pixel 3a, Google mempamerkan kekuatan kualiti kamera walau spesifikasi utama peranti hanya biasa-biasa sahaja. Pada Pixel 4a, ramai pengguna ingin tahu sejauh manakah peningkatan yang Google boleh berikan untuk sebagai sebuah peranti penjaya kepada Pixel 3a.
Hari ini, baru sahaja lagi seorang pengguna telah memuat naik sampel gambar yang dikatakan dari peranti Pixel 4a. Melalui kicauan beliau di Twitter, beliau telah membandingkan Pixel 4a dengan sebuah peranti lain iaitu Redmi Note 7.
https://twitter.com/julio_lusson/status/1255933098841292807
Berdasarkan gambar tersebut, tidak jelas apa motif perbandingan 2 peranti tersebut namun disebabkan ayat "12MP vs 48MP", mungkin beliau mahu mempamerkan kekuatan kualiti kamera Google yang hanya setakat 12 MP sahaja.
Tanpa melihat gambar dengan lebih terperinci, sudah tentu gambar dari Redmi Note 7 diibaratkan seperti langit dengan bumi. Tetapi apa yang lebih penting adalah melihat sekali imbas, kita sudah pasti dengan fitrah memproses gambar peranti Google.
Jika anda tidak biasa dengan kamera dari Google Pixel, ia menghasilkan gambar yang dramatik, pemisahan warna yang cemerlang, dan kontras yang agak tinggi.
Walaupun pada mulanya kami sangsi dengan kredibiliti sumber disebabkan tiada bukti kukuh imej datang dari peranti Google Pixel 4a. Akan tetapi, melihat dengan lebih dekat, pengguna yang memuat naik gambar tersebut merupakan pengguna sama yang telah membuat video ulasan peranti 'Pixel 4a' tidak lama sebelum ini.
https://www.youtube.com/watch?v=rLb0sW9vOEU&t=20s
Disebabkan itu, gambar ini boleh dikatakan 'dipercayai' namun selagi belum rasmi peranti ini, anggap sahajalah maklumat ini hanya sekadar maklumat tambahan atau ura-ura. Tambahan lagi imej tersebut telah pun dimampatkan melalui Twitter, jadi kualiti sebenarnya tidak dapat diketahui.
Jika anda mesra dengan jenama Pixel, anda pasti tahu model peranti ini sangat mengutamakan kualiti gambar yang cantik. Apa yang penting dan pasti, sudah tentu hasil tangkapan gambar dari Pixel 4a akan lebih berkualiti dari Pixel 3a. Walaupun jika tiada sampel gambar dari Pixel 4a dimuat naik untuk memberitahu peminat mereka.
Apa pendapat anda mengenai kualiti kamera dari Google Pixel 4a ini?
Sumber: Julio Lusson
Berkaitan
- Siap Sedia Untuk Bayar Cukai Digital Google Sebanyak 6% Bermula 1 Januari 2020
- Telefon HONOR Dijangka Bakal Kembali Dengan Akses Google Tidak Lama Lagi
- Kamera Google Pixel 4 Mendapat Markah 112 - 10 Teratas Tapi Jauh Dari Memegang Takhta DxOMark
- Google Dikenakan Tuntutan Mahkamah Kerana Jejak Data Pengguna Dalam Mod Incognito
- Pixel 4a (5G) Dan Pixel 5 Turut Diumumkan, Namun Hanya Hadir Menjelang Hujung Tahun Ini
- Google Play Protect Kini Menyekat Pemasangan Aplikasi AnTuTu Benchmark
- Google: Kualiti Kamera Pixel 5 Tidak Terjejas Walaupun Tiada Pixel Neural Core Dan Hanya Cip Snapdragon 765G
- Google Assistant Jauh Lebih Maju Dari Apple Siri Dalam Ujian Perbandingan Ucapan Ke Teks
- HONOR Mungkin Akan Terima Semula Akses Kepada Servis Google Setelah Dijual Oleh Huawei
- Google Tawar Bayaran Tinggi Untuk Samsung Gunakan Google Assistant Dan Bukannya Bixby