Saksikan Lagu Yang Distrim Sepanjang Tahun Pada Senarai Spotify Wrapped 2019

Spotify telah banyak mengubah cara pengguna di Malaysia mendengar muzik sejak ia dilancarkan pada tahun 2008. Sesuai dengan misi utama mereka yang ingin memberikan peluang kepada berjuta-juta artis tempatan mahupun antarabangsa untuk berkongsi dan mempersembahkan karya seni mereka kepada semua pendengar.

Pastinya di mana-mana laman media sosial waktu ini sedang hangat dengan perkongsian senarai Spotify Wrapped 2019 yang sudah mula membanjiri sejak semalam lagi. Persoalan mengenai data artis, lagu, album, dan genre ini akan terjawab apabila anda mengakses ke akaun Spotify milik anda.

Dalam pada masa yang sama, Spotify telah mengumumkan bahawa kumpulan BTS merupakan Artis Paling Banyak Distrim di Malaysia bagi tahun 2019. Umum mengetahui bahawa rakyat Malaysia selama ini telah memberi sokongan yang tinggi kepada kumpulan K-Pop dari Korea tersebut, jadi tidak hairanlah dengan keputusan yang dinyatakan oleh Spotify ini.



Selain itu, kumpulan BLACKPINK juga telah meletakkan kumpulan K-Pop terus mendominasi carta di Malaysia. Namun, tidak kurang ketinggalan juga muzik pop yang masih menjadi kegemaran orang ramai. Contohnya seperti Ariana Grande, yang masih menjadi pilihan pengguna Spotify apabila album thank u, next merupakan Album ketiga Paling Banyak Distrim secara global.

Di samping itu, lagu hit "Señorita" yang dipopularkan oleh Shawn Mendes dan Camila Cabello nampaknya telah berjaya meraih 1 bilion strim di Spotify pada tahun ini dan terus meletakkan lagu tersebut sebagai Lagu Paling Banyak Distrim secara global dan juga di Malaysia.

K-Clique berjaya menggungguli arena muzik tempatan apabila dinobatkan sebagai Artis Tempatan Paling Banyak Distrim walaupun kumpulan rap itu masih baru dalam industri. 2019 menjadi tahun yang membawa tuah buat bakat muda sebagai anak seni di Malaysia.



Berikut merupakan beberapa Carta 2019 Spotify Wrapped Tertinggi Malaysia:

Artis Paling Banyak Distrim (Keseluruhan)

  1. BTS

  2. Ariana Grande

  3. Khalid

  4. Ed Sheeran

  5. Post Malone


Artis Tempatan Paling Banyak Distrim

  1. K-Clique

  2. Faizal Tahir

  3. Dato' Siti Nurhaliza

  4. SonaOne

  5. Insomniacks


Lagu Paling Banyak Distrim

  1. Señorita - Camila Cabello, Shawn Mendes

  2. Boy With Luv - BTS feat. Halsey

  3. Someone You Loved - Lewis Capaldi

  4. Sunflower - Post Malone, Swae Lee

  5. 7 rings - Ariana Grande