Melalui laporan tersebut, syarikat tersebut berjaya mencatat keuntungan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 5.5% (RMB53.7 bilion). Ini menjadikan keuntungan pada suku ketiga 2019 sebagai jumlah keuntungan tertinggi yang diraih syarikat tersebut sejak ditubuhkan.
Selain itu, jumlah keuntungan bersih larasan kumpulan ini dalam tiga suku pertama berjumlah RM 9.2 bilion dan nampaknya ia sudah melebihi keuntungan bersih yang dicatat pada tahun sebelumnya.
Sepanjang tempoh itu juga, kumpulan ini terus beroperasi dan sentiasa berhati-hati dengan kapasiti rintangan risiko yang semakin baik dan keuntungan kasar secara optimum.
"Dengan keuntungan tunai syarikat yang stabil, kami bersedia untuk memberi respons kepada peluang pasaran besar yang akan timbul daripada penggunaan teknologi 5G yang meluas dan merancang melancarkan sekurang-kurangnya 10 model telefon pintar 5G pada tahun 2020," ujar Pengasas dan Pengerusi Xiaomi, Encik Lei Jun.
Didorong oleh kejayaan strategi multi-jenama, portfolio produk Xiaomi telah menyaksikan pengoptimuman yang berterusan. Harga jualan purata daripada telefon pintar ini di China meningkat sebanyak 4.6% dari tahun ke tahun.
Dalam pada masa yang sama, perniagaan peralatan rumah Xiaomi juga turut berkembang sepenuhnya seiring dengan produk telefon pintar. Kumpulan ini melancarkan 4 Mi Refrigerator pada bulan Oktober dengan mengekalkan strategi mereka untuk mengekalkan kos yang efektif.
Ini bermakna Xiaomi secara rasminya telah memasuki pasaran penghawa dingin, peti sejuk dan mesin basuh, memperluaskan lagi spektrum produk dalam kategori peralatan rumah dan meningkatkan penyambungan serta keserasian seluruh peralatan rumah pintar.
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Xiaomi telah komited untuk memperluaskan pasarannya di luar negara. Hasil daripada itu nampaknya telah meningkat 17.2% dari tahun ke tahun kepada RM 26.1 bilion pada suku ketiga, yang mencakupi 48.7% daripada jumlah hasil.
Telefon pintar Xiaomi menduduki tempat ke-4 dari segi penghantaran telefon pintar di pasaran Eropah Barat dengan pertumbuhan penghantaran sebanyak 90.9%, manakala mengekalkan kelebihan yang kuat di pasaran India apabila menduduki tangga pertama di sana untuk sembilan suku berturut-turut.
Berkaitan
- Kamera Pengawasan Tanpa Wayar Bagi Kegunaan Luar Rumah Diumumkan Oleh Xiaomi
- Xiaomi Redmi Pro 2 Bakal Dilancarkan Pada Penghujung Bulan Ini
- Peranti Xiaomi Mi 8 Habis Terjual Dalam Masa Kurang Satu Minit
- Xiaomi Mi Max 3 Pro Pula Tersenarai Pada Laman Sesawang Qualcomm
- Xiaomi Mi Mix 3 Disertakan Dengan Dok Pengecasan Tanpa Wayar Dalam Setiap Kotak Belian
- Xiaomi Mi Mix 3 - Bebas Penyakit 'Notch' Dengan Sistem Slider
- Xiaomi Mi 6S - Peranti Pertama Xiaomi Dengan Android Pie Muncul Secara Tiba-Tiba Di Laman Geekbench
- Xiaomi Memperkenalkan Model Hijau Zamrud Bagi Peranti Mi Mix 2S
- Apa Yang Anda Perlu Tahu Menjelang Pelancaran Xiaomi Mi 9 Minggu Hadapan
- CEO Xiaomi Sahkan Mi 9 Akan Hadir Dengan Pengecasan Lebih Pantas Dari 24W